Dalam zaman internet ini, hidup bertambah luas dan minda manusia memekar. Kalau dulu satu hari kita naik bas atau jalan kaki ke perpustakaan, sekarang dengan dua tiga klik kita boleh memilik asas teguh untuk mengembang maklumat dan pengetahuan. Dan dengan ini juga timbullah peluang keemasan untuk berkongsi pendapat dan maklumat. Tidak penting kita se kata dan bersetuju tapi hanya berbeza pendapat pun jadi detik permulaan untuk mengembang minda.
Sejarah mengenai manusia bernama Koteng di Kampung Tupong kabus ditelam zaman.
Hingga awal tahun 60'an teringat ada orang-orang kampung pergi ke Tanjung Tupong memuja Koteng di perkuburannya agar sesuatu kehendak tercapai atau sakit sengal baik. Dalam suasana serba kekurangan dan kemiskinan orang Melayu di Tebing Utara melalui hidup dalam kedaifan. Literasi [celik baca ] atau kecekapan membaca sangat rendah dan buta huruf menakluk orang hampa dengan usaha menyelesai masaalah tertentu.
Tidak hairanlah Koteng menjadi pujaan. Memang dari segi agama ini salah. Tapi dalam keadaan yang serba kekurangan sekarang kita hanya cuba memahami dan bersimpati saja. Prejudis asasi dan kedaifan kepada orang-orang yang pintar walaupun tiada pengetahuan berkemungkinan mencetus keadaan bilamana si pintar mengambil kesempatan; lain orang pintar yang insaf mungkin bertindak dengan balasan yang berciri kemanusiaan walaupun dengan keadaan dan suasana kekurangan.
Dari segi ini, saya ingin menerima kemungkinan Koteng betul-betul "keramat". Jadi tujuan saya adalah untuk menerima pendapat-pendapat lain dan jika pembaca sudi memberi apa-apa fikiran, silalah jangan keberatan.
2 ulasan:
salam...
saya berminat nak tahu cerita penuh mengenai koteng keramat ni..
kalau x keberatan,boleh ke saudara/i emelkan cerita tersebut di emel saya..jannah2104@yahoo.com
terima kasih
Salam kembali Tanpa Nama.
Saya agak pun begitu, mungkin ada pembaca melalu ingin tahu.
Setakat ini, saya belum jumpa penulisan mengenainya. Kebanyakannya cerita lisan, secorak sejarah lisan atau oral. Oleh itu, maaf tak dak dapat bagi makluman lanjut.
Apa yg pernah saya jumpa di internet, perkataan "Tupong" pernah saya temui dengan nama tempat di Indonesia. Juga ada sejenis ikan, makluman lama saya yg mana dah hilang kerana komputer "crash". Jadi nyau semua data.
Maaf tak dapat bantu lanjut. Agaknya ada orang lain yang akan minat dan meninggalkan komen nanti tentang "Koteng".
Saya guna nama ini bertujuan memaksudkan dari sudut 'metaforik' saja tidak literal. Saya tidak percaya "kekeramatan" dalam erti kata bulat-bulat begitu.
Jika ingin timbulkan dan tinggalkan soalan disini. Mana tahu ada orang akan sudi bertukaran. Terima kasih.
Catat Ulasan