Hari penamaan calun bari Singapura adalah hari ini 27 April dan pembuangan undi akan berlangsung 10 hari dari sekarang, dengan satu hari sebelumnya sebagai hari bertenang bilamana dalam sehari tiada kempen dilakukan.
Kebiasaan dalam banyak jenis dan bentuk menimbul keselesaan yang akhirnya menjadi fahaman mutlak. Sebagai Malaysia Singapura telah melalui 5 dekad kemerdekaan daripada British. Selama itu Lee Kuan Yew, yang berpendidikan Oxford itu, dijangka tiada tandingan. Begitu juga tentang keikhlasannya mementingkan rakyat Singapura. Zaman dah berlalu dan bukan Lee Kuan Yew seorang saja boleh. Nampaknya Singapura pun juga melalui zaman Koteng dan beredar keluar walaupun kelak perlu diheret. Ikuti petikan lapuran dan renungan Karim Raslam berikutnya :
Walaupun ramai menjangka Parti PAP, yang memerintah Singapura selama lima dekad itu akan mengambil tindakan keras mengawal media, sebaliknya mereka sedang mencuba untuk mengawal keterbukaan baru itu. Liputan yang diberikan untuk tokoh-tokoh politik pembangkang telah bertambah dengan dramatik sekali sehingga ketika acara debat yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, pemimpin-pemimpin dari empat parti bukan-PAP diberi ruang arus perdana untuk berdepan dengan Menteri Kewangan Singapura yang pintar dan petah berbicara, Tharman Shanmugaratnam.
Satu ketika dahulu, Cuma PAP yang mampu menguar-uarkan bahawa mereka yang memonopoli pemimpin hebat dan pintar. Ini tidak lagi benar kerana warga Singapura telah diperkenalkan kepada rekrut baru Workers' Party seperti pengamat sosial dan pakar dasar kerajaan lulusan University College London, Pritam Singh dan peguam firma guaman terkemuka Davis & Polk yang kini menetap di Beijing, Chen Show Mao yang berkelulusan dari tiga universiti tersohor Harvard, Oxford dan Stanford (lebih hebat daripada keluarga Pertama Lee).
Sememangnya perkembangan ekonomi di Singapura telah menyediakan peluang pekerjaan yang luas di sektor swasta untuk warganya. Ini bermakna, warganya yang hebat dan pintar tidak lagi bergantung kepada kerajaan untuk menjamin masa depan dan kerjaya mereka - menyebabkan mereka mampu untuk berdiri dan mencabar kerajaan. - sinarharian.com.my
Jaringan maklumat

0 ulasan:
Catat Ulasan