Home

Rabu, 13 April 2011

Hartanah dan kubur tergempur





Perkuburan Islam di Jalan Tun Ahmad Zaidi, Kuching

Kemakmuran mengghairahkan dan memberi suasana dan perasaan keliru. Di sebalik mewah, makmur dan damai kesemuanya tak terlintas awan mendung akan membawa ribut dan guntur. Begitulah berlakunya di US dalam dekad lalu tahun 2008.

Telah pasti sebabnya berpunca dari dua perkara utama di antara yang lain, yaitu hartanah dan pasar kewangan. Akhirnya kerajaan US bertindak mengetatkan perundangan agar keadaan boleh dikawal dalam usaha pemulihan ekonomi yang terjunam ke dalam krisis yang mengancam dunia.

Berlakunya ini dalam negara yang canggih dalam kesemua segi lagi menghairankan pakar ekonomi dan kewangan. Jangan lupa juga bahawa di negara-negara maju makluman atau informasi di hujung telunjuk dan membolehkan siapa pun yang berupaya membuat keputusan yang cepat.

Malaysia pun pernah terghairah dengan kecanggihan. Misalnya dongeng Visi 20-20 dan segala-segalanya. Bezanya kita tiada akhbar yang bebas, melainkan sekadar kini alhamdulillah ada internet.

Berlatarbelakangkan suasan ini jika akhbar dan media bebas lebih lagi gemparnya bila Kuching rioh dengan berita kubur kena gempur. Ini berlaku sekitar 2008 yang melibatkan Lembaga Amanah Kebajikan Negeri Sarawak bersabit pemindahan perkuburan Islam di Jalan Tun Ahmad Zaidi yang tua sejak zaman Brooke. Di sebalik ini berbabitlah soal pengurusan baik dan tertib perundangan yang, seperti di US, kerana keghairahan telah diketepikan hanya untuk pihak pemilik hartanah menangguk keutungan tanpa perkiraan cermat dan etikal. Nasib perkara ini terbongkar kerana pemaju hartanah, dikhabaranginkan sebagai saudara KM Taib Mahmud terlibat.

Isyunya adalah pihak-pihak politik berkuasa semasa bermaharajalela, mengenepikan undang-undang mahupun maruah rakyat yang nenek moyang mereka terkubur di situ.

Bila prestasi undang-undang masyarakat telah tercemar tiada orang berkuasa akan menghormatinya, seolah-olah yang mulia menjadi "karut" macam "ancak" zaman Abdul Kadir Hassan dan Koteng.

Bila kita lengah dan terlalu sangat terhibur kemewahan dan kuasa hingga lalai dan tanpa rationalisme kita akan terpedaya oleh "karut" yang tidak jauh bezanya daripada kemurnian nilai saperti aqidah.

Ketika itu juga norma-norma am saperti ambil berat tentang masyarakat, bertimbangan dengan kepentingan masyarakat dengan diri akan diketepikan.

Dalam keadaan begini tak heran jika senyap-senyap ada lagi pemimpin yang berkuasa dengan berleluasa menggempurkan bukan saja kubur tetapi rakyat yang masih hidup.




Jaringan maklumat


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...