Home

Memaparkan catatan dengan label 13th Malaysia General Elections. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 13th Malaysia General Elections. Papar semua catatan

Ahad, 21 April 2013

PRU 13 | Sibuti Sarawak



SIBUTI: Penamaan calon bagi Parlimen P218 Sibuti untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam berlangsung dengan baik tanpa sebarang kekacauan.

PAS meletakkan calonnya Robby @ Muhammad Zaid Bin Tandang, 31 tahun yang merupakan bekas selebriti TV al-Hijrah.

Robby[Gambar:kanan] akan berdepan calon BN Ahmad Lai Bin Bujang.

Sementara itu, lebih kurang 1000 orang penyokong PAS dari berbagai kaum dan agama yang hadir memberi sokongan kepada Robby.

Perarakan bermula dari Masjid Bekenu. Terdahulu ahli-ahli PAS mengadakan solat hajat di masjid tersebut sebelum bergerak ke pusat penamaan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menyifatkan kehadiran semalam itu menunjukkan kebagkitan rakyat Sarawak khususnya warga Sibuti yang mahukan perubahan politik.

"Sambutan yang luar biasa terhadap PAS di Sibuti adalah diluar jangkaan kerana inilah pertama kali penduduk Sibuti melihat begitu ramai yang hadir semasa penamaan calon untuk PRU13 kali ini," katanya. - Harakah





Jaringan maklumat:

Ahad, 14 April 2013

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA Ke 13 | Tarikh Mengundi - 5hb Mei 2013



Tarikh Keluar Writ 11 APRIL 2013 (KHAMIS)
Tarikh Notis Pilihan Raya 12 APRIL 2013 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon 20 APRIL 2013 (SABTU)
Tarikh Mengundi Awal 30 APRIL 2013 (SELASA)
Tarikh Mengundi 05 MEI 2013 (AHAD)



Jaringan maklumat:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...