Home

Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

GE13 PRU13| Membiayai Manifesto - dari mana datangnya $$$, ke mana perginya?



Manifesto Pakatan Rakyat yang telah dikeluarkan awal lagi mempunyai ciri-ciri penting prinsip pengurusan kewangan dan kekayaan Negara dan sehendaknya rakyat.

Satu ciri yang telah dijelaskan mengutarakan bagaimana hasil negara diagihkan kepada kroni-kroni politik. Kesannya yang besar ialah kepincangan tanggungjawab ke atas rakyat yang memerlukan hasil negara untuk pendidikan(satu pelaburan), perumahan, kesihatan dan pengankutan am, di antara berbagai lainnya. Daripada kaedah Kerajaan BN sekarang, strateji mereka adalah membebankan rakyat (hamba kepada hutang negara & peribadi).

Dengan berthema "Rakyat" Manifesto PR akan menguruskan Negara berasaskan kepentingan rakyat, bukan orang bangsawan, datuk2 dan orang2 biznes saja!


Jaringan maklumat:

Ahad, 14 April 2013

Sarawak | Khazanah Hutan dan Tanah Pusaka Teraniaya



Penyelewengan penerokaan hutan Sarawak sangat serius

Hazayani Zakaria, 25 Mac 2013


(Zulkifli [tengah] dan rakan-rakan menceritakan masalah alam sekitar di Sarawak yang semakin terdedah)

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud berhubung pendedahan Video Global Witness mengenai penerokaan hutan di negeri itu.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar berkata, Taib dan juga kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam dakwaan urus tadbir itu harus mengambil cuti buat sementara waktu agar siasatan dapat dijalankan oleh SPRM.

"Sudah seminggu pendedahan ini dibuat tapi belum ada siasatan dijalankan.

"Sebagai sebuah kerajaan yang dimomokkan adil dan telus dalam setiap urus tadbir mereka, seharusnya tindakan ini diambil," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Video selama 16 minit 24 saat itu meliputi empat hasil siasatan melalui penyiasat persendirian yang menyamar sebagai pelabur untuk penanaman kelapa sawit di Sarawak antaranya ialah habuan kepada Taib dari kelulusan Lesen Penanaman / Pertanian.

Global Witness yang berpengkalan di London itu juga mendedahkan terdapat korupsi dari Perjanjian Tanah di mana sebahagian ahli keluarga Taib itu diberikan tanah atas arahan Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang dipimpin oleh Taib sendiri dan mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit darinya.

Selain itu, sebuah syarikat perkongsian di antara sepupu Taib, seorang Ahli Parlimen dari parti Taib dan kakak ipar Najib ditawarkan untuk jualan melalui transaksi tidak sah di Singapura yang direka untuk mengelak cukai dari Kerajaan Malaysia.

Korupsi juga berlaku dalam perkhidmatan yang ditawarkan peguam tempatan untuk membantu transaksi haram dan bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan Singapura.

"Jika proses kelulusan lesen balak boleh dimanipulasi untuk kepentingan jahat pihak yang berkepentingan sehingga akhirnya mendorong kemusnahan hutan malah sistem ekologi yang menjadi sumber makanan dan minuman kepada haiwan liar serta Orang Asal di Sarawak," katanya lagi.

Zulkefly juga berkata, jika pendedahan itu tidak benar, Taib harus membuat penafian atau menyaman Global Witness.

"Kalau Global Witness salah buat laporan, Taib seharusnya membuat penafian atau mengambil tindakan undang-undang.

"Sekarang ini beliau mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa," katanya.

Justeru beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengambil apa-apa tindakan, pihaknya sendiri akan membuat aduan ke institusi tersebut.

"Sebelum ini dah ada beberapa kenyataan daripada pemimpin BN mengenai isu ini tapi SPRM tak siasat pun.

"Jadi kalau dalam masa seminggu ini tiada apa-apa tindakan juga, kami sendiri akan ke pejabat SPRM," katanya sambil menambah akan melakukan siri jelajah berhubung isu ini. - Harakahdaily.net


Video Pendedahan Global Witness





Jaringan maklumat:

Khamis, 21 Mac 2013

NGO GlobalWitness | KM Taib & pengumpulan hartanya






Video GlobalWitnes di Sarawak: SPRM kena siasat segera

Harakahdaily | 20 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak segera terhadap pendedahan yang dibuat oleh Global Witnes melalui satu klip video yang kini menjadi video paling panas di Malaysia.

Anggota Lembaga dan Penal SPRM, Salahudin Ayub membuat desakan ini ekoran pendedahan yang dibuat oleh klip video berkenaan.

"Saya meminta SPRM membuat tindakan segera. Lagi lambat tindakan diambil lagi rosak nama baik kita (SPRM)," kata Salahudin (gambar) kepada Harakahdaily.

Sehingga berita ini ditulis, sudah lebih 135,221 orang menonton klip video Bahasa Inggeris tetapi mempunyai terjemahan yang baik dalam Bahasa Malaysia ini. Sudah 2,337 penonton video ini menyatakan 'like' kepada video ini.

Video klip ini mendedahkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Taib Mahmud mengumpul kekayaan untuk mereka dengan menipu dan melanggar undang-undang negara.

Klip bertajuk 'Di sebalik bayang-bayang sebuah negeri di Malaysia - sebuah filem oleh Global Witnes' mengisahkan cerita seorang aktivisnya yang menyamar untuk melabur di Sarawak.

Ia berupa kisah korupsi yang berlaku dalam sebuah keluarga elit yang memerintah Sarawak yang mengeksloitasi segala hasil dan rakyat negerinya untuk kepentingan mereka.

"Dengan menyamar sebagai pelabur, Global Witnes telah ke Sarawak untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana perniagaan ini dijalankan dan ke manakah wang itu disalurkan," kata Global Witnes di awal video ini.

Ekoran itu, mereka telah bertemu dengan pegawai kerajaan yang bertugas bagi membolehkan pelaburan dibuat.

Namun, pegawai ini telah memperkenalkan mereka dengan keluarga Taib Mahmud untuk menjalan perniagaan ini termasuklah sepupu Taib, Fatimah Abdul Rahman.

Dari situlah Global Witnes mendedahkan segala-galanya tentang apa yang berlaku di Sarawak.


Jaringan maklumat:

Selasa, 26 Februari 2013

PRU 13 | Apa cadangan Pakatan Rakyat?





MANIFESTO RAKYAT
PAKATAN HARAPAN RAKYAT

- kandungan -

[Sila KLIK dan baca tajuk-tajuk berikut.
Untuk kembali ke sini, sila guna fungsi Undur Browser di sudut atas kiri]

MANIFESTO RAKYAT
PAKATAN HARAPAN RAKYAT

KESEJAHTERAAN RAKYAT

  • Harga minyak turun
  • Caj elektrik lebih rendah
  • Caj air lebih rendah
  • Hapus tol
  • Hapus monopoli
  • Turunkan harga kereta
  • 150,000 rumah selesa mampu milik
  • Perbadanan Perumahan Negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan
  • RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik

RAKYAT BERSAUDARA

  • Menghayati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Mengangkat budaya sebagai teras positif hidup bermasyarakat
  • Caruman Wanita Malaysia: kerajaan akan menyumbang caruman RM50 sebulan bagi setiap isteri yang layak; manakala suami akan menyumbang caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan, mengikut kadar pendapatan
  • Skim Bonus Warga Emas (60 tahun ke atas): Bonus RM1,000 setahun
  • Bahasa kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris dipertingkatkan
  • Bantuan tambahan RM300 bagi setiap murid setiap tahun untuk 1,854 Sekolah Agama Rakyat,
  • Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
  • Hapus AES. Batalkan saman AES.
  • Keadilan untuk warga FELDA
  • Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
  • Perkhidmatan wad percuma (kelas 2 dan 3) di semua hospital kerajaan
  • Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan
  • SJKC, SJKT, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh
  • Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu
  • Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC)
  • Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan – kerjasama bersekutu, perwakilan yang adil, kewarganegaraan, pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat, kecekapan dan kemandirian Sabah dan Sarawak, keadilan dalam isu minyak, pembangunan sekata
  • Program segera untuk Sabah dan Sarawak – hapus sistem kabotaj, insentif pelaburan wujud pekerjaan, syarikat minyak milik Sabah dan Sarawak, lebuhraya merentas Sabah – Sarawak, hentikan pembinaan empangan yang merosakkan alam sekitar dan mensesarkan rakyat
  • Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara

EKONOMI RAKYAT

  • 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing secara berperingkat
  • Gaji minima RM1,100 sebulan; tabung RM2 bilion permudah pelaksanaan gaji minima
  • Skim Perintis Rakyat: melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknikal, menggabungkan peluang pekerjaan tetap dan persijilan kemahiran
  • 5 universiti teknikal dan 25 sekolah vokasional baru ditubuhkan
  • Reformasi pendidikan untuk merangsang ekonomi
  • Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan
  • IKS dan inovasi teras ekonomi negara – tabung inovasi RM500 juta, rombakan insentif percukaian
  • Pelarasan percukaian rakyat – kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi
  • RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang
  • Ekonomi lestari – henti operasi Lynas, kaji semula fasa pelaksanaan RAPID, reformasi semua undang-undang berkait dengan pembalakan dan kawal selia pembalakan
  • Membela ekonomi dan kebajikan perajurit – RM500 juta Tabung Usahawan Kecil Perajurit, kenaikan caruman kerajaan ke dalam LTAT dari 15% ke 20% (diuruskan berasingan dari dana pencen), Dividen Perajurit iaitu imbuhan RM2,000 setahun kepada bekas perajurit tidak berpencen
  • Memberdayakan usahawan teksi dengan memberikan permit terus kepada pemandu teksi
  • Pelaburan R&D mencecah 5% KDNK
  • Pengangkutan awam nadi ekonomi negara – pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, sistem bersepadu bas dan MRT di Lembah Klang, RM2 bilion untuk tambahkan bilangan bas dan jajaran sekali ganda, langkah ke arah membina sistem keretapi laju antara bandar pertama di rantau Asia Tenggara
  • Memecah monopoli merancakkan persaingan – Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak
  • Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, memecah monopoli telekomunikasi, makanan ruji, farmaseutikal dan lain-lain, membubarkan 1MDB, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan di dalam GLC melalui management buy-out (MBO) untuk lahirkan lebih ramai usahawan

KERAJAAN RAKYAT

  • Reformasi institusi Islam dan keagamaan
  • Pakej penggajian dan perkhidmatan baru penjawat awam
  • Pilihanraya yang bersih, adil dan telus
  • Reformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, SPRM dan PDRM
  • Reformasi Parlimen
  • Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media
  • Memansuhkan AUKU dan menjamin kebebasan akademik
  • Memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat
  • Memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) – merombak sepenuhnya agensi pencegahan rasuah, merombak tumpuan untuk menyiasat kes-kes berprofail tinggi dan berkepentingan awam, mengetatkan undangundang rasuah



Jaringan maklumat:

Isnin, 18 Februari 2013

PENDIDIKAN | Tanggungjawab Asas Kerajaan



Mengapa kerajaan wajar biayai pendidikan tinggi

February 18, 2013



Bagaimanakah Malaysia ingin memacu ke arah negara berpendapatan tinggi jika 77 peratus tenaga kerja hanya berkelulusan SPM atau lebih rendah.
Oleh Anas Alam Faizli

Penubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal. Universiti-universiti terawal dalam sejarah dunia seperti Al-Azhar, Bologna, Oxford, Palencia, Cambridge dan University of Naples (universiti awam tertua dunia, 1224) telah dibina oleh tamadun-tamadun awal dunia berlandaskan satu tujuan; sebagai pusat penyelidikan, penyampaian ide, pendidikan dan pembelajaran, serta perkembangan ilmu pengetahuan melalui medium penulisan. Realitinya hal ini bercanggah sama sekali dengan tujuan penubuhan kebanyakan universiti hari ini yang kelihatan berubah menjadi institusi pengiktirafan, pengijazahan dan yang paling malang sekali, sebagai satu perniagaan bertunjangkan keuntungan.

Ibnu Khaldun, tokoh sejarawan, sosiologi dan ekonomi dalam makalah beliau Muqadimmah (Prolegomenon) telah mengemukakan hujah berikut: rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Kekuatan ini lahir daripada kemakmuran ekonomi yang dibina oleh pembangunan modal insan (pendidikan). Kemajuan ini hanya boleh terhasil melalui keadilan dan keterangkuman untuk semua. Aristotle turut mencadangkan bahawa “Pendidikan itu seharusnya bersifat tunggal dan sama rata untuk semua.”

Sesebuah sistem yang mengamalkan diskriminasi dalam pendidikan berdasarkan kemampuan ekonomi bakal menatijahkan ketidakseimbangan dalam kualiti modal insan dan tenaga kerja yang bakal menjadi tulang belakang sesebuah masyarakat. Kedua-dua hujah di atas ialah tesis utama artikel ini.

Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia. Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Berikut terdapat beberapa realiti tentang Malaysia yang disingkap dan disampaikan di sini untuk memahami peri pentingnya untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya.



Realiti #1: Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat

Nilai positif sebenar sesebuah masyarakat yang berpendidikan itu sukar diukur dari segi kuantitatif semata-mata. Dalam konteks Malaysia sebagai negara yang sedang membangun, pendidikan tinggi menjadi resipi utama dalam membentuk masyarakat berkesedaran sivik, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan nilai modal insan serta hasil keluaran negara yang kompetitif. Tidak dinafikan pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit, tetapi jika kita lalai dalam pelaburan ini, masa depan negara yang bakal “terkorban”. Walter W. McMahon (pakar ekonomi University of Illinois) telah menggariskan manfaat individu berkelulusan ijazah seperti kesihatan tubuh badan yang lebih baik serta pembangunan kognitif yang lebih baik di kalangan anak-anak mereka. Kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, penurunan kadar dan kos jenayah seperti kos penjara adalah antara manfaat lain yang disumbangkan oleh individu berpendidikan kepada masyarakat.

Realiti #2:“Terperangkap di tengah-tengah”

Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur, dan peluang pendidikan merupakan salah satu faktor utama penyebab keadaan ini. Hujah Robert Reich, mantan Setiausaha (Menteri) Tenaga Buruh dan Profesor di UC Berkeley, boleh dianggap cocok untuk menerangkan belenggu yang sedang dihadapi oleh Malaysia. Untuk menarik pelaburan modal dan kontrak asing, sesebuah negara itu mempunyai dua pilihan; sama ada menawarkan kepada para pelabur asing sebuah ekonomi yang bersaing melalui harga yang rendah dengan mengenakan cukai dan gaji pekerja yang rendah, ataupun ekonomi yang menawarkan modal kerja dan infrastruktur berkualiti tinggi hasil pelaburan kerajaan yang tinggi.

Di Malaysia, pertumbuhan gaji hanya setanding dengan pertumbuhan produktiviti sehingga lewat 1990-an. Sejak 1996 pula, kita terperangkap dalam “middle-income trap”, di mana majoriti isi-isi rumah Malaysia berpendapatan sederhana-tinggi, menurut definisi Bank Dunia. Malah, Malaysia mengalami pertumbuhan gaji sebenar yang negatif secara puratanya sejak 10 tahun lepas; pertumbuhan gaji di Malaysia negatif jika tidak kerana inflasi. Bagaimanakah Malaysia ingin memacu ke arah negara berpendapatan tinggi jika 77 peratus tenaga kerja hanya berkelulusan SPM atau lebih rendah? Majoriti pekerja Malaysia dikategorikan sebagai kurang mahir yang mana tidak akan memungkinkan mereka mendapat gaji yang lebih tinggi.

Realiti #3: Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi

Dalam konteks pelaburan asing secara langsung (FDI) pula, Malaysia perlu menawarkan sesuatu yang mampu menarik minat pelabur asing secara komersil. Permasalahannya berlaku, sekali lagi di mana Malaysia berada di tengah-tengah; tenaga kerja Malaysia tidak murah namun tidak juga berkemahiran tinggi. Justeru itu, nilai komersial yang ditawarkan oleh Malaysia kepada bisnes-bisnes asing tampak kerdil berbanding negara-negara seperti Vietnam, yang tenaga buruhnya murah atau Singapura, yang tenaga kerjanya mahal tetapi berkemahiran tinggi. Hasilnya, proses-proses yang bernilai rendah seperti pemasangan dan pembungkusan berlokasi di Malaysia menggunakan khidmat mesin dan teknologi sederhana moden, manakala proses-proses yang bernilai lumayan seperti R&D dan inovasi tidak mampu ditawarkan kerana kurangnya dari segi kemahiran dan kepakaran. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah jika Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang mengalami kemasukan FDI bersih yang negatif sejak 2007.

Hal ini menggagalkan Malaysia menaik taraf menjadi ekonomi perkhidmatan bernilai tinggi dan tetap terus bergantung kepada pengeluaran bahan agrikultur dan minyak. Kita hanya berjaya dalam industri ringan seperti barangan pengguna dan perkakasan elektrik. Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga pekerja mahir serta berpendidikan tinggi untuk memperkasakan sektor perkhidmatannya.

Realiti #4: Ekonomi berteraskan kecekapan dan ekonomi berteraskan inovasi

Kajian yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) melabel Malaysia sebagai ekonomi yang berteraskan kecekapan, meletakkan Malaysia di belakang ekonomi-ekonomi berteraskan inovasi. Kita hanya mampu menambahbaik sistem dan proses yang sedia ada, tetapi ketinggalan dari segi daya inovasi yang membolehkan negara mencapai pendapatan yang jauh lebih lumayan. Malaysia wajar bergerak ke arah ekonomi berteraskan inovasi. Kita tidak lagi berdaya saing tinggi menawarkan tenaga buruh mahupun tanah dan kilang-kilang yang murah lagi seperti dahulu.

Kekuatan tenaga penyelidik di Malaysia bagi setiap 1 juta penduduk hanyalah 365 orang berbanding 5,416 orang di Jepun dan 4,231 di Korea Selatan. Berapa banyakkah bakat yang boleh muncul sebagai tenaga penyelidik hebat dari Malaysia tetapi malangnya tidak dapat dicungkil kerana kurang peluang melanjutkan pendidikan tinggi?

Realiti #5: Pendidikan merupakan satu pelaburan…

Seperti ibu bapa yang melabur demi kecerahan masa hadapan anak-anak mereka, kerajaan juga wajib melabur dalam masa depan modal insan rakyat Malaysia. Negara-negara maju seperti Denmark dan Norway melaburkan 7.8 peratus dan 6.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka untuk pendidikan, manakala Malaysia hanya membelanjakan peruntukan sebanyak 4.1 peratus. Majoriti daripada peratusan itu dilaburkan untuk infrastruktur dan gaji! Malah, bajet pendidikan telah dicantas daripada RM50 bilion kepada RM 37 bilion tahun ini. Bayangkan logikanya, jika Cuba (13.6 peratus) dan Timor Leste (16.8 peratus) sekali pun mampu membelanjakan lebih daripada Malaysia.

Kira-kira 80 peratus daripada isi rumah dalam kelompok 40 peratus pendapatan paling rendah di Malaysia hanya mempunyai kelulusan setinggi sijil SPM atau lebih rendah, manakala hanya lima peratus yang menerima pendidikan peringkat tinggi. Baki selebihnya langsung tidak pernah bersekolah. Hal ini berbeza dengan kelompok tertinggi pendapatan yang 65 peratus berpendidikan tinggi. Jelaslah bahawa taraf pendidikan berkadar langsung dengan pendapatan. Peluang pendidikan tinggi yang sama rata dapat menegakkan keadilan sosial serta memberi peluang yang sama rata kepada semua terutamanya golongan miskin. Seterusnya, apabila golongan ini diberi peluang pendidikan tinggi, sekurang-kurangnya negara akan mendapat pulangannya melalui cukai pendapatan.

Realiti #6: Pulangan pelaburan bersih yang positif

Jika kerajaan menanggung penuh pembiayaan pendidikan tinggi kosnya berjumlah sekitar RM60,000 (kejuruteraan) dan RM160,000 (perubatan). 94 peratus dan 90 daripada kos-kos ini sudahpun dibiayai kerajaan kini. Jika graduan itu mula bekerja dengan gaji RM2,500 dan mendapat peningkatan sebanyak lima peratus setahun secara purata selama 30 tahun, graduan tersebut akan telah membayar lebih daripada RM290,000 kepada kerajaan hanya dalam bentuk cukai pendapatan. Jika graduan dengan prestasi minimum ini mampu membayar pulangan kepada kerajaan bayangkan graduan berprestasi tinggi dengan kadar peningkatan gaji yang lebih tinggi?

Realiti #7: Pendidikan berkadar langsung dengan kekayaan dan pendapatan

Individu yang berpendidikan tinggi secara puratanya memiliki harta bernilai RM182,000, iaitu 2.2 kali ganda berbanding individu lepasan SPM dengan RM82,000 sahaja. Akan tetapi, kadar kemasukan rakyat Malaysia ke dalam sistem pendidikan tinggi cuma 36.5 peratus. Nombor ini bukan sahaja jauh di belakang berbanding purata negara-negara “very high human development” iaitu 75 peratus, malah juga di belakang negara-negara “high human development”, iaitu 50 peratus. Sebagai perbandingan, kadar kemasukan di negara lain adalah; Amerika 86 peratus, New Zealand 84 peratus Korea 100 peratus, British 99 peratus, Thailand 45 peratus dan Turki 38.4 peratus.

Hal ini menyebabkan majoriti pekerja di Malaysia hanya mampu memenuhi keperluan sektor tenaga pekerja kurang mahir. Bagaimanakah Malaysia mampu memacu seluruh rakyatnya ke arah negara berpendapatan tinggi secara sama rata? Perbelanjaan dalam projek-projek mega yang menjadi jalan pintas sebagai satu usaha untuk melonjakkan pendapatan purata rakyat Malaysia sebelum ini bukanlah satu solusi yang mapan dan bersifat jangka panjang. Penyediaan pendidikan tinggi secara percuma kepada seluruh rakyat ialah satu-satunya usaha penggerak Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi secara holistik.

Realiti #8: Pendidikan penyelesaian untuk merapatkan jurang pendapatan kaya miskin

Malaysia menduduki tempat ketiga tertinggi di Asia dari segi jurang antara golongan kaya dan miskin, mengikut ukuran GINI 0.4621 (sumber: Bank Dunia). Memang zahirnya rakyat Malaysia tidak semiskin kebanyakan rakyat Indonesia ataupun India namun jurang antara kaya dan miskin kita sangat besar. Dengan pendapatan isi rumah RM15,000 sebulan (jumlah) sahaja sudah boleh meletakkan anda sebagai satu peratus terkaya di Malaysia. Tujuh puluh lima peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan!

Cuba kita teliti statistik ini; 60 peratus isi rumah berpendapatan tertinggi mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang menerima pendidikan tinggi manakala 60 peratus daripada isi rumah berpendapatan paling rendah di Malaysia pula paling tinggi kelulusannya ialah SPM. Jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin semakin lebar sejak tahun 1970. Hanya peluang pendidikan tinggi yang adil untuk semua rakyat yang akan dapat merapatkan jurang pendapatan ini, lalu menggerakkan Malaysia menjadi satu negara yang ekonominya lebih adil.

Amerika mengganggap bahawa manfaat pendidikan tinggi adalah lebih kepada individu, maka rakyat Amerika membiayai pendidikan tinggi mereka sendiri. Warga Scandinavia pula percaya bahawa kerajaanlah yang bertanggungjawab membiayai kos pendidikan tinggi. Bagaimana pula situasi jurang pendapatan di negara-negara terbabit? Di Amerika, hutang pinjaman pelajar melarat sehingga sebesar US$902 bilion (sumber: Federal Reserve New York). Natijahnya, jurang kaya dan miskin Amerika juga antara yang semakin melarat di dunia. Negara-negara Scandinavia yang memberikan pendidikan tinggi percuma pula diletakkan pada kedudukan tertinggi di kalangan negara-negara paling sama rata di peringkat global. Justeru, hubungkait sistem pendidikan dan akibatnya terhadap jurang pendapatan kaya dan miskin sukar dinafikan.

Pendidikan percuma akan memberikan individu yang layak satu peluang untuk menaikkan taraf kehidupan mereka serta generasi seterusnya dan juga merapatkan jurang pendapatan. Jika halangan ekonomi ini tidak dibantu, nasib kelompok berpendapatan rendah ini tidak akan berubah. Mereka akan tetap dalam kepompong yang sama, dan jurang pendapatan di Malaysia akan terus melebar dengan parah.

Satu keluarga, satu graduan

Malaysia memerlukan satu sistem pendidikan yang merangkumi setiap pelusuk masyarakat, bagi yang cemerlang mahupun yang lemah dalam bidang akademik. Bagi mereka yang lemah akademik, kemahiran vokasional perlu diberi penekanan yang lebih berat. Paling penting, sistem pendidikan itu perlu memastikan pelajar tidak menamatkan pendidikan dengan bebanan hutang di atas bahu mereka, tanpa kemahiran mahupun prospek pekerjaan, meskipun sekadar untuk membayar kembali hutang itu.

Malaysia telah menikmati banyak manfaat positif dengan menyediakan pendidikan rendah dan menengah percuma. Seratus peratus rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sekolah rendah dan 68 peratus berjaya tamat tingkatan lima.

Tetapi, keadaan sosio-ekonomi Malaysia dewasa ini menuntun kepada semua rakyat Malaysia diwajibkan secara undang-undang untuk sekurang-kurangnya menamatkan tingkatan lima, serta sebuah sistem pembiayaan pendidikan tinggi oleh pihak kerajaan.

Saya dengan rendah diri menyeru kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pembuat dasar, dan kumpulan-kumpulan lobi untuk memastikan pendidikan tinggi yang percuma di semua IPTA. Jika IPTA tidak mampu menampung bilangan pelajar yang layak, adalah dicadangkan jumlah yang sama dibiayai oleh kerajaan melalui IPTS, secara berperingkat. Ini bertujuan memastikan peluang pendidikan tinggi disediakan sebanyak mungkin dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Saya turut mencadangkan sasaran satu keluarga, satu graduan; iaitu setiap satu keluarga mempunyai minimum satu graduan. Tuntasnya sasaran ini bakal menyaksikan mobiliti antara generasi direalisasikan; di mana seorang anak nelayan, mahupun anak pekerja kilang bergaji rendah, bakal menjadi ejen pengubah yang membawa keluarganya keluar dari status ekonomi rendah kepada kehidupan yang lebih selesa. Mekanisme ini seterusnya dijangkakan bercambah kepada generasi-generasi berikutnya, dan memakmurkan keadaan ekonomi bagi kelompok-kelompok rakyat yang asalnya terperangkap dalam kemiskinan.

Pendidikan merupakan asas paling penting dalam memastikan kedaulatan sesebuah negara. Tiada sebarang salah tadbir atau kesalahan polisi dalam pendidikan yang mampu ditoleransi, sama ada dari sudut pelaksanaan, pengawasan mahupun perbelanjaan. Sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dengan urus tadbir yang cekap bakal menjadi penentu hala tuju Malaysia. Sekiranya baik sistem itu, maka baiklah negara Malaysia. Hanya dengan menyediakan peluang pendidikan kepada semua, Malaysia mampu menuju ke arah negara berpendapatan tinggi yang bersifat inclusive dan untuk semua. Di sini marilah kita muhasabah kata-kata Nelson Mandela: “Pendidikan merupakan senjata yang paling berkuasa untuk mengubah dunia.”

"* Anas Alam Faizli berkhidmat di industri minyak dan gas dan sedang menamatkan ijazah kedoktoran serta merupakan pengarah eksekutif Teach for the Needs (TFTN).

** Data dan statistik diperolehi dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World databank dan BNM. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BLINDSPOT


Jaringan maklumat:

Isnin, 31 Disember 2012

Ke mana Kapitalisme / Korporatisme?



Mampukah Kapitalisme Mengatasi Penyamarnya yang Pesong?

Saifedean Ammous & Edmund Phelps | 13 Feb 2012 | Columbia University's Center for Capitalism and Society

"Sistem kapitalisme" masakini tidak boleh dianggap sebagai kapitalisme tulin. Bahkan, jenis kapitalisme ini lebih sama dengan persyarikatan atau "korporatisme" yang mencekik kecemerlangan kerja dan usaha yang tekun, pertumbuhan ekonomi lebih cepat dan peluang lebih luas bagi semangat kerakanan/setiakawan. Masa mungkin telah tiba bagi kapitalisme membawa ertinya yang tulin, daripada apa yang telah dianggapkan "ahli-ahli korporat" yang berazam untuk menyembunyikannya dan puak sosialis yang bertekad untuk memburukkanya.

NEW YORK | Masa depan kapitalisme lagi sekali menjadi tanda tanya. Dalam krisis berlanjutan sekarang, mampukah ia kekal dalam bentuknya masakini? Kalau tidak, apakah ia mampu mengubah bentuk atau pun kerajaan yang akan mendahuluinya?

Istilah "Kapitalisme" pernah bermakna sistem ekonomi di mana modal dimiliki secara "swasta" atau "private (iaitu bukan Kerajaan); di mana pemilik modal memutuskan bagaimana menggunakannya dengan cara yang terbaik sementara menarik pemikiran pengusaha dan entrepreneur yang kreatif. Cara bebas sendirian dan bertanggungjawab begini tidak memberi ruang bagi pemerintahan/kerajaan untuk menentukan soal membuat keputusan yang berjaya; kejayaan bermakna keuntungan; kegagalan bermakna kerugian. Syarikat hanya boleh wujud jika orang persendirian dengan rela membeli barangan mereka - sebaliknya syarikat akan terhenti berniaga.

Kreativiti dan innovasi berkembang dalam kurun 1800'an apabila "kapitalisme" menakluk dunia dengan ciri-ciri ini. Masyarakat yang memilih kapitalisme memimpin kemakmuran, mencapai kepuasan kerja yang menjadi idaman dunia dan yang mengakhirkan kekekangan.

Sekarang sistem kapitalisme telah terlanda rasuah. Negara terurus telah mengambilalih tanggungjawab menguasai semua daripada pendapatan orang kelas pertengahan kepada keuntungan syarikat korporat gergasi hingga ke tahap kemajuan industri. Sistem ini, sebenarnya, bukan "kapitalisme" tetapi aliran ekonomi yang berpunca daripada Bismark dalam kurun ke 19 dan Mussoloni dalam kurun ke 20: "korporatisme" atau faham persyarikatan.

Pada amnya korporatisme membunuh kecerdasan dalam usaha yang tekun, pertumbuhan ekonomi pantas dan peluang luas dan semangat kerakanan/setiakawan. Ia melanjutkan firma-firma dan syarikat yang teruk, boros, tidak prodaktif dan syarikat yang ada pertalian yang menjejaskan pengusaha baru yang dinamik atau berhemat perusahaan, kemajuan ekonomi dan kemakmuran kebangsaan, daripada menitik berat kebebasan perseorangan dan tanggungjawab. Hari ini, syarikat penerbangan, pembuat kereta, syarikat pertanian, media, bank pelaburan, dana pelaburan (hedge funds) dan banyak lain-lain lagi yang pada ketika masa lampau tertentu, telah dianggap sebagai lebih penting daripada beradu di pasaran bebas terbuka. Malahan mereka menerima bantuan daripada Kerajaan, kononnya bagi kepentingan orang awam.

Di persekililing kita, akibat "korporatisme" jelas: badan korporat sesat fungsi yang aktif, meskipun tidak berkebolehan melayan pelangan-pelangan; ekonomi yang sakit teruk dengan pengeluaran lambat, peluang terpencil bagi usaha yang bertekun, peluang untuk belia mahupun am terhad lagi kecil. Untuk megatasi kesumuanya ini Kerajaan jadi muflis.

Peralihan kuasa daripada pemilik dan pencipta kepada orang-orang kerajaan adalah musuh kepada kapitalisme. Namun itu, pengampu dan pewasiat ini, pura-pura penuh adab menyalahkan kapitalisme berleluasa dan tidak berperaturan. Kerana itu mereka mementingkan perhatian dan peraturan. Pada hakikatnya, ini bermakna lebih lagi korporatisme dan pilih kasih berleluasa dalam pemerintahan/kerajaan.

Dalam keadaan begini tidak mungkin sistem begini boleh dipertahankan. Di pasaran bebas saperti "Internet" sistem begini tidak manasabah kepada para belia yang membesar sezamannya, iaitu pasaran yang terbebas untuk barangan dan idea. Iklan terbaik bagi kejayaan dan kegagalan syarikat atau firma ialah di Internet di tempat-tempat "social networking": bagaimana mereka maju dan merudum hampir serta merta.

Tempat-tempat (web-sites) saperti Friendstar dan MySpace cuba menggandakan untung dengan menjejaskan butir-butir kepribadian pelanggan mereka dan hampir sertamerta mereka hapus bila ditinggalkan kesemua mereka. Tidak perlu peraturan dan perundangan kerajaan. Sebaliknya jika timbul campurtangan Kerajaan Korporat Modern, pemerintahan/kerajaan akan melindungi mereka daripada kegagalan dengan wang rakyat.

Kesahihan korporatisme telah merudum searus dengan keteguhan kewangan pemerintahan/kerajaan yang mendokongnya. Jika para ahli politikus tidak mampu menghapuskannya, mereka akan terbenam dengan hutang dan keingkaran, dan satu sistem "kapitalisme" akan menjelma daripada keruntuhan korporatisme. Dengan itu juga "kapitalisme" akan bermula lagi memikul makna yang benar daripada yang disifatkan oleh ahli-ahli korporatisme untuk bersembunyi dibelakangnya dan para sosialis yang yang sedia memburukkanya. - Copyright: Project-Syndicate, 2012 | economywatch.com


Jaringan maklumat:

Selasa, 27 November 2012

Live! DUN Selangor | Siaran LANGSUNG DUN Selangor




KEMASKINI / UPDATE












Petikan Sidang DUN Kedah 21-22 Nov 2012


Jaringan maklumat:

Jumaat, 19 Oktober 2012

LAPURAN AUDIT NEGARA 2011 | Pengurusan Kerajaan & Kewangan Malaysia makin merosot

Audit 2011: Kerajaan BN terus seleweng, membazir

Laporan Audit 2011 sekali lagi mendedahkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang berterusan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Saban tahun laporan audit dikeluarkan dengan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan di dalam tadbir urus kewangan, namun ianya terus berlaku seolah-olah ia tidak diambil berat oleh kerajaan. Ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan penbambahbaikan.

Apa yang dibimbangi laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara hanya sekadar untuk memenuhi kewajipan sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab mengaudit perbelanjaan kerajaan semata-mata dan hanya untuk melengkapkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen.

Laporan audit dijalankan melalui 4 jenis pengauditan, antaranya :- Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Pengauditan Pematuhan - untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan Persekutuan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamat yang ditetapkan.

Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan - untuk menilai sama ada pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan dengan teratur.

Persoalannya, adakah kerajaan dan Jabatan Audit Negara hanya berselindung di sebalik kaedah pengauditan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telah menjalankan pengauditan secara professional dengan menggunakan kaedah yang betul tetapi dalam masa yang sama, ada perkara-perkara yang menimbulkan banyak keraguan terutama projek-projek yang tidak dinyatakan di dalam laporan audit tersebut.

Amat wajar rakyat meneliti beberapa intisari kepada laporan audit 2011 yang jelas menunjukkan berlakunya beberapa perkara yang membimbangkan tentang gejala penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang pasti disebalik perkara tersebut akan menguntungkan sesetengah pihak yang tertentu dan membebankan negara dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Intisari laporan yang boleh diteliti melalui beberapa Kementerian dan agensinya,antaranya :

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan kenaikan yuran perunding;

ii. pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada bayaran yuran khidmat nasihat kewangan berjumlah RM1.06 juta kepada CIMB Investment Bank Bhd. dan Maybank Investment Bhd. adalah pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian Pengangkutan (Kementerian) tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain;

iii. kelewatan dalam pengambilan tanah di antara 82 hingga 1,227 hari;

iv. pelantikan kontraktor tidak secara pembidaan kompetitif;

v. syarat kontrak yang tidak menjamin kepentingan Kerajaan; dan

vi. kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti.

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Pengurusan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan Objektif program penyediaan/peningkatan kemudahan pelancongan adalah untuk menyedia dan menambahkan lagi kemudahan asas/infrastruktur pelancongan serta membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan. Kementerian Pelancongan Malaysia (Kementerian) telah diperuntukkan sejumlah RM795.15 juta dibawah RMKe-9 dan PRE. Jumlah peruntukan ini adalah untuk melaksanakan 846 projek infrastruktur dan penyenggaraan, di mana ia meliputi sejumlah RM548.81 juta untuk 210 projek pembinaan infrastruktur dan sejumlah RM246.33 juta untuk 636 projek penyenggaraan. Setakat bulan Disember 2011 sejumlah RM772.41 juta (97.1%) telah dibelanjakan.

Pada keseluruhannya pengauditan yang dijalankan mendapati bilangan projek yang dilaksanakan adalah memuaskan di mana sebanyak 742 (87.7%) daripada 846 projek telah disiapkan. Bagaimanapun, daripada sampel projek yang diaudit terdapat kelemahan seperti berikut: i.bayaran telah dibuat untuk kerja pembinaan/bekalan yang tidak dilaksanakan/dibekalkan;

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional

Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi tujuan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Perolehan 1,293 item peralatan berjumlah RM63.02 juta telah diuruskan secara tender terbuka yang melibatkan 14 syarikat. Baki peruntukan berjumlah RM13.81 juta pula disalurkan kepada 85 Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Vokasional (SMV) untuk tujuan perolehan secara sebut harga atau/dan pembelian terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya perolehan peralatan MPAV adalah memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. satu syarikat masih gagal membekalkan 2 jenis peralatan bernilai RM1.50 juta;

ii. sebanyak 139 unit peralatan bernilai RM2.21 juta tidak mengikut spesifikasi;

iii. sebanyak 30 unit peralatan bernilai RM337,077 telah dibayar sebelum diuji lari;

iv. tuntutan yang meragukan untuk bekalan peralatan MPAV bernilai RM1 juta;

v. sebanyak 2,447 unit peralatan bernilai RM7.39 juta masih belum/tidak digunakan sehingga tarikh lawatan Audit; dan

vi. pemantauan secara fizikal yang dilaksanakan sama ada di peringkat Kementerian atau negeri tidak disokong dengan laporan mengenainya.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut:

i. pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan;

ii. yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar;

iii. bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani;

iv. asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalah diragui;

v. kerja pembinaan yang berkualiti rendah;

vi. perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000; dan

vii. sebanyak 158 unit kuarters yang siap dibina masih belum diduduki oleh kakitangan hospital.

Pihak Audit mengesyorkan Kementerian mempertimbangkan tindakan seperti berikut:

i. mempertimbangkan tindakan terhadap pegawai yang memperakukan dan meluluskan bayaran kepada perunding sebelum perjanjian ditandatangani;

ii. memantau kerja kontraktor dan memastikan kerja yang tidak mengikut spesifikasi, tidak sesuai dan belum dilaksanakan dapat dibuat dengan segera agar hospital baru dapat beroperasi secara maksimum. Tindakan juga perlu diambil terhadap kontraktor sekiranya gagal melaksanakan kerja tersebut; dan

iii. tawaran perlu dibuka kepada agensi Kerajaan yang lain sekiranya pegawai di hospital tidak berminat mendiami kuarters tersebut bagi mengelakkan pembaziran.

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Pembinaan Dan Perolehan Peralatan Pembelajaran Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

Setakat tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia (Kementerian) telah membina 8 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di seluruh Malaysia termasuk 4 yang baru siap dibina pada tahun 2009 hingga 2011.

Bagi perolehan peralatan pembelajaran, di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sejumlah RM228 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan perolehan dibuat secara rundingan terus.

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara amnya prestasi pembinaan 4 ADTEC iaitu Taiping,Kemaman, Bintulu dan Jerantut adalah memuaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya seperti berikut:

i. empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga 6 lanjutan masa melibatkan tempoh antara 90 hingga 706 hari. ADTEC Jerantut mengalami kelewatan yang paling lama iaitu sehingga 706 hari (23 bulan);

ii. prestasi perolehan peralatan pembelajaran adalah kurang memuaskan kerana kelewatan melaksanakan proses rundingan harga mengakibatkan peralatan pembelajaran tidak dapat dibekalkan sebaik sahaja bangunan disiapkan; dan

iii. terdapat kerja yang tidak mematuhi spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai. Namun begitu, Kementerian telah memberikan komitmen untuk memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan di mana tindakan segera telah diambil terhadap beberapa kelemahan/ kecacatan kerja yang dilaporkan.

Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan seperti berikut:

i. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) perlu mempercepatkan proses perolehan peralatan pembelajaran bagi memastikan kemasukan pelajar dapat dibuat mengikut perancangan asal serta keupayaan serta kapasiti bangunan dapat diuji bersama-sama dengan peralatan pembelajaran sebelum berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan. Bagaimanapun, JTM juga bertanggungjawab untuk memastikan proses perolehan peralatan pembelajaran dibuat dengan teratur bagi mengelakkan Kerajaan mengalami kerugian;

ii. Kementerian/JKR hendaklah menyenaraihitamkan kontraktor/ konsultan yang gagal melaksanakan kerja pembinaan mengikut syarat kontrak

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera Bagi Angkatan Tentera Malaysia

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi 12 projek Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) yang dibina dalam RMKe-9 dan pengurusan RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

i. kontraktor gagal menyiapkan projek dalam tempoh kontrak asal dan diberi lanjutan masa antara 94 hingga 1,240 hari;

ii. projek RKAT yang telah siap mempunyai bilangan kecacatan pembinaan dan kerosakan yang tinggi dan kontraktor gagal membaikinya dalam tempoh tanggungan kecacatan;

iii. peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1,297.18 juta berbanding kos kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta;

iv. kelemahan dalam pengurusan kemudahan RKAT yang disediakan seperti RKAT tidak diduduki sepenuhnya, kualiti perabot yang rendah dan tahap kepuasan penghuni terhadap kemudahan RKAT adalah kurang memuaskan; dan

v. pentadbiran kontrak dan pengurusan penyenggaraan yang kurang memuaskan. RAHSIA

Pihak Audit mengesyorkan supaya Kementerian mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja pembinaan dan penyediaan kemudahan RKAT adalah berkelayakan dan berwibawa;

ii. membuat pemeriksaan dan memastikan kontraktor membaiki kerosakan/kecacatan yang ditemui dengan segera sebelum memulangkan Bon Pelaksanaan atau sebelum Tempoh Tanggungan Kecacatan tamat. Pelarasan harga projek bagi kerja-kerja yang tidak disempurnakan oleh kontraktor hendaklah dibuat;

iii. melaksanakan pengurusan nilai bagi semua projek yang bernilai RM50 juta untuk mendapat value for money dalam perbelanjaannya;

iv. memastikan kesemua unit RKAT sedia ada digunakan secara optimum dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengisi RKAT yang masih kosong dan memperbaiki unit RKAT yang rosak; dan

v. memastikan klausa kontrak dikuatkuasakan bagi menjamin kepentingan Kerajaan serta mengelakkan implikasi kewangan yang akan merugikan Kerajaan.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Polis DiRaja Malaysia

Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah

Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah adalah memuaskan di mana ia telah dapat disiapkan dan berjaya mencapai objektif pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan seperti berikut:

i. projek mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada tempoh projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh sebenar pemilikan tapak;

ii. projek lewat disiapkan dari tarikh asal projek sepatutnya siap di mana 2 lanjutan masa selama 299 hari telah diluluskan (Fasa I) dan 3 lanjutan masa selama 528 hari telah diluluskan (Fasa II);

iii. terdapat reka bentuk/spesifikasi yang tidak sesuai serta terdapat kerja pembinaan yang tidak memuaskan/tidak siap; dan

iv. Kementerian tidak merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan pembersihan bagi kawasan pembinaan setelah projek diserahkan kepada pengguna.

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat melaksanakan perkara seperti berikut:

i. Kementerian/Kementerian Kewangan perlu mengambil tindakan segera terhadap permasalahan yang wujud di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan objektifnya dapat direalisasikan mengikut perancangan. Ia juga bagi memastikan Kontraktor tidak terjejas dengan sebarang keputusan yang tertangguh oleh pihak Kerajaan yang memberi kesan kepada pematuhan Kontraktor terhadap jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan;RAHSIA

ii. Kementerian perlu memastikan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan diperolehi sebelum sesuatu kerja pembinaan ditawarkan;

iii. Kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perunding yang gagal mengambil kira keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna dengan menyenaraihitamkan perunding berkenaan daripada mengambil bahagian dalam manamana projek pembinaan Kerajaan di masa hadapan;

iv. Kementerian melalui perunding yang dilantik perlu memastikan kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi menjamin kualiti pembinaan;

BADAN-BADAN BERKANUN

Pihak Jabatan Audit Negara turut menunjukkan bukti penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran melalui penemuan-penemuan audit yang telah dilaporkan di dalam Laporan Maklum Balas Aktiviti Badan Berkanun.

Penemuan audit yang perlu diberi perhatian antaranya :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pelantikan Konsultan Progam TUKAR

Semakan Audit mendapati pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR telah diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus. Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. Selain itu, SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut. Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 30 Mei 2011.

Syarikat ini telah melaksanakan pengubahsuaian kedai runcit, bekalan peralatan dan P.O.S System kepada 111 koperasi yang terlibat dengan program TUKAR dengan jumlah peruntukan RM5.40 juta. Sehingga bulan Mei 2012, SKM telah membayar balik tuntutan pembekalan sejumlah RM5.41 juta kepada syarikat itu dengan menggunakan peruntukan RMKe-10 berjumlah RM3.05 juta dan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi berjumlah RM2.36 juta.

Pada pendapat Audit, SKM perlu memastikan setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan dilakukan hendaklah mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis daripada Kementerian Kewangan perlu diperoleh bagi pengecualian terhadap peraturan yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan semua perolehan mematuhi peraturan serta mengelakkan ketidakpatuhan dalam proses perolehan. SKM memaklumkan permohonan kelulusan khas dan perolehan secara runding terus telah dikemukakan pada 5 Jun 2012.

SKM telah menerima kelulusan khas perolehan secara rundingan terus dari Kementerian Kewangan bagi perkhidmatan/bekalan program pemodenan kedai runcit koperasi untuk pembayaran kepada Felda Trading Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2012 bagi tempoh selama 5 tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. SKM telah mengeluarkan surat tawaran perlantikan konsultan dan pembekal melalui surat bertarikh 27 Januari 2012.

Amat wajar perkara ini diberi perhatian kerana dilihat ada unsur penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku melalui pelantikan Konsultan tersebut. Amalan tatacara yang tidak mengikut prosedur seperti ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.

Di dalam laporan Maklum Balas tersebut banyak teguran yang telah dibuat oleh pihak audit terhadap Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM terutama melibatkan beberapa perkara lain yang berkaitan tatacara pelantikan konsultan.

Lembaga Getah Malaysia LGM

Penemuan audit banyak berkaitan dengan pembelian peralatan yang kategorikan belum digunakan, tidak digunakan dan tidak digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa kes yang seumpama itu di dalam penemuan audit berkaitan dengan Lembaga Getah Malaysia, antaranya :

Contoh peralatan yang belum digunakan :

Lawatan Audit 19 Disember 2011 mendapati 6 jenis peralatan berjumlah RM5.22 juta masih belum dipasang dan telah disimpan di premis pembekal dan pihak yang dilantik olehnya. Semakan lanjut mendapati tiada surat atau perjanjian yang menyatakan pembekal dan pihak yang dilantik olehnya boleh menyimpan komponen peralatan tersebut bagi pihak LGM.

Contoh peralatan yang tidak digunakan :

Peralatan 13L dan 100L Fermenters telah diterima oleh LGM pada bulan Disember 2008. Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan ini telah siap dipasang sepenuhnya tetapi tidak digunakan. Tempoh peralatan tidak digunakan selama 36 bulan kerana masih belum ada keperluan bagi tujuan penyelidikan menyebabkan objektif pembelian peralatan tidak tercapai.

Contoh peralatan yang tidak digunakan sepenuhnya:

Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan berjumlah RM1.71 juta telah dipasang tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana objektif pembelian. Peralatan ini hanya dapat digunakan untuk mengujilari Profile Product dan Surface Product. Perkara ini disebabkan komponen peralatan iaitu Cooling dan Cutter Line belum dibeli untuk menghasilkan produk. Semakan Audit mendapati komponen peralatan ini tidak dimasukkan dalam spesifikasi pembelian Cold Feed Extruder. Mengikut Minit Mesyuarat Ringkasan Projek Pembangunan RMKe-9, peruntukan yang tidak mencukupi menyebabkan pembelian komponen peralatan terpaksa ditangguhkan.

Laporan audit 2011 telah menggunakan beberapa perkataan seperti; “kurang memuaskan”, “kelemahan”, “beberapa kelemahan”, “tidak digunakan”, “belum digunakan” dan “tidak digunakan sepenuhnya”. Penggunaan perkataan tersebut telah mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran.

Ini adalah sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,terdapat banyak lagi penemuan-penemuan yang ditunjukkan di dalam Laporan Audit 2011. Semua penemuan ini jelas menunjukkan salah urus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan dan agensi di bawahnya. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang banyak sehingga mencecah berbillion ringgit.

Rakyat mesti berazam untuk menghukum kerajaan dalam PRU 13 nanti, kerajaan yang sanggup berbelanja besar dan membazir demi kepentingan mereka dan kelompok tertentu bukan untuk rakyat. Penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran tersebut sekaligus akan meningkatkan kadar hutang negara. Ini akan menyebabkan rakyat terus dibebani dengan hutangh Negara yang tidak berkesudahan.

Disediakan oleh Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat. 9 Okt 2012


Jaringan maklumat:

Selasa, 2 Oktober 2012

Bajet 2013 | DS Tok Guru Abdul Hadi Awang (Marang) Bahas




Video streaming by Ustream
DS Tok Guru Abdul Hadi Awang (Marang) Bahas Bajet 2013
October 1, 2012 at 6:11pm • on MP PAS TV



Jaringan maklumat:

PERBANDINGAN BELANJAWAN 2013 | BN lwn PR

Isnin, 1 Oktober 2012

Malaysia | Kaya semakin kaya, miskin semakin miskin



Di Malaysia, kaya semakin kaya, miskin semakin miskin, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar Ibrahim: Majoriti penduduk tidak dapat manfaat. — Foto fail Beliau yang menyertai sesi debat memberitahu Parlimen bahawa cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia. Ketua pembangkang itu berkata pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

“Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk,” kata Anwar.

Beliau berkata berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya.

“Keghairahan mengejar unjuran ekonomi tanpa melihat polisi untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dapat dilihat dalam ETP yang dicadangkan perdana menteri,” kata Anwar.

“Analisis dan perbandingan dalam nilai ekonomi yang dibuat dalam projek ETP dan gaji yang diberi kepada pekerja, bahawa pada tahun 2020 gaji pekerja akan mendapat kurang dari keuntungan syarikat.

“Sekarang, ratio gaji dan keuntungan ialah sekitar 28 peratus, di bawah ETP ia akan jatuh kepada 21 peratus,” katanya lagi.

Anwar berkata, pelan ekonomi nasional harus berubah dari hanya mahu mencapai pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, tetapi harus memastikan pendapatan RM4,000 sebulan kepada seluruh isirumah dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Dia juga berkata pertumbuhan ekonomi harus dijana oleh perniagaan kecil dan sederhana dan bukan “seorang dua bos besar”.

Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang juga membentangkan Bajet alternatif PR dengan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan isirumah. - Oleh Lisa J. Ariffin, TMI




Jaringan maklumat:

Ahad, 30 September 2012

Belanjawan 2013 : Ringkasan



Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, pada Jumaat. Tema Belanjawan 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”.
  1. Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
  2. RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan. [Jumlah - RM251.6 billion]
  3. RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  4. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  5. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  6. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  7. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  8. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  9. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
  10. KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
  11. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
  12. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
  13. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
  14. RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
  15. RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  16. RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  17. Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
  18. RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
  19. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  20. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  21. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  22. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  23. RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  24. RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
  25. Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
  26. Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  27. RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
  28. RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
  29. RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
  30. RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
  31. Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
  32. RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
  33. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  34. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  35. RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  36. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  37. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  38. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  39. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  40. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  41. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  42. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
  43. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal



Jaringan maklumat:

Sabtu, 29 September 2012

Ekonomi | Belanjawan 2013 | Manis tapi bukan gula





Kepada berbagai lapisan masyarakat Belanjawan 2013, yang diumumkan kelmarin Jumaat 28hb September oleh PM Najib, ertinya berbagai juga. Kepada rakyat jelata, yang penting ialah samada kos atau belanja hidup harian turun atau naik.

Kepada lain segmen rakyat, lain kepentingan. Kepada peniaga atau orang bisnes yang membekalkan barang, samada kos akan naik kerana cukai tinggi mengakibatkan keuntungan jatuh. Negara, akhirnya seolah seorang manusia: belanja tinggi kos hidup naik dan simpanan kurang. Jika berlaku perkara yang tidak diingini timbullah kesukaran yang perlu ditempuh.

Antara berbagai tarikan belanjawan Kerajaan BN ialah kononnya kesihatan dan untuk itu harga gula akan dinaikkan dan pada hari Isnin gula akan naik 20 sen. Betul penyakit "diabetes" merebak di kalangan orangramai dan ketara di antara orang bandar mahupun luar bandar. Tapi dengan sistem edaran bisnes gula yang akan untung, kroni-kroni yang dikhususkan mengedar gula. Jika kos gula pasaran dunia turun mereka pernah tidak turunkan tapi rakyat masih bayar mahal!

Tapi yang lebih penting ialah kesihatan rakyat, klinik-klinik rakyat yang cuba membawa kebajikan sekarang timbul kritikan bahawa kemudahan itu untuk show-off saja dan khidmat menerima sungutan.

Penting kepada rakyat adalah kemakmuran rakyat lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan jenis kerajaan pimpinan UMN/PBB sekarang, belanjawan ini hanya gula-gula bagi GE13. Tapi tak manis dan buruk untuk rakyat.

Sila ikuti huraian-huraian lain dalam senarai Jaringan maklumat di bawah ini yang mendalami pendapat lain.


Jaringan maklumat:

Khamis, 27 September 2012

Skandal Forex | Bantahan kepada Bank Negara





Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b


(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 26 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan mata wang asing atau forex seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen Isnin lalu.

itu antara kandungan memorandum yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kepada BNM, hari ini.

“Secara rasmi kami serah memorandum ini kepada Gabenor BNM melalui Pengarah Strateginya menuntut BNM mendedahkan siapa yang mengarahkan Tan Sri Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang Malaysia,” kata Shamsul.

Baca selanjutnya ...Di Sini [klik]


Jaringan maklumat:

Rabu, 26 September 2012

Soros | Berapa banyak Mahathir dapat?

Isnin, 6 Jun 2011

Pembaziran negara rezeki kroni | isyu TNB & subsidi gelora lagi

Subsidi: Najib mesti jawab pendedahan Ani Arope


KUALA LUMPUR, 6 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope (gambar) bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Katanya, EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer –IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16 sen/kWh.

Tambahnya, Ani dalam pada itu, turut menggelar EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ dengan menaikkan tarif elektrik sewenangnya, menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

“Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sehingga akhir tahun 2010 ... baca selanjutnya ...


Jaringan maklumat:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...