Home

Memaparkan catatan dengan label Utusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utusan. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Bohong | Mufti Perlis atau Utusan



Pengkhianat Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD | ARKIB : 04/05/2011
pengarang@utusan.com.my

"...KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. ..." - Utusan



Nampaknya jelas, seperti lapuran Utusan, Dr Juanda sudah melepas kata-katanya.

Kemudian dia berucap lain, berdalih :

Mei 4, 11

"...Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

"(Ia) penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. ..." - Malaysiakini


Kerjasama dan muafakat sentiasa timbul dalam sistem kenegaraan kita. Bahkan muafakat antara budaya, bangsa dan agama pun sedia ada. Sistem Parlimen yang kita jelas sedia untuk asas-asas ini. Dr Juanda adalah Visiting Fellow di Oxford University dan kedudukannya kini dipersoalkan.

Agak serius peristiwa ini sebab kekeliruan yang dipertimbulkan sangat buruk, terutama sekali kerana tokoh Mufti dan peribadinya terlibat. Jika kewibaan tersoal, masyarakat akan tertanya-tanya, terpedaya dengan kekeliruan. Jika tokoh agama cenderung dengan politik, ada baik letak jawatan dan usaha terang-terang dengan mana-mana parti yang disukai. Agak tak elok berselindung di belakang kedudukan dan jawatan agama.

Satu ketika dulu Dr Juanda dan Dr Asri pernah dituduh sebagai ahli puak Wahabi dan JI oleh Pegawai ILIM, JAKIM dan mereka dengan keras menafikan kepalsuan itu.

Adakah mereka sekarang masih dalam perhatian Polis dan JAKIM lagi walaupun tuduhan dulu palsu dan berniat jahat?


Jaringan maklumat:

Sabtu, 30 April 2011

Utusan, BH berniat jahat, kata NUJ

Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat, kata NUJ



Apr 30, 11 8:55am

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

NONE"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

NONE"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

NONE"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya. - Malaysiakini.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...