Home

Memaparkan catatan dengan label Pengangkutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengangkutan. Papar semua catatan

Selasa, 12 April 2011

N 6 Tupong | Rakayt dudi, Daud dolok !



Rumah YB Daud di sebelah kiri dikesan garisan bulat putih

Penduduk di Matang dan Petra Jaya di kawasan Barat Kuching, berjumlah kira-kira 200,000 masuk ke Bandaraya untuk berurusan melalui Bulatan Datuk Kipali dan Jambatan Satok, yang masih tegap tidak saperti Jambatan Pending. Penduduk dari Kuching Timur juga melalui kawasan sama selain ada pilihan dengan Jambatan di Bintawa. Pelan untuk membuat jejambat untuk mengalirkan lalulintas sudah ada satu dekad yang lalu kalau tidak lebih lama.

Tiap hari penduduk Kuching yang terlibat, makan hati berulam jantung, selain daripada seksa orang yang ada gastrik, ibu-ibu mengandung, anak-anak dan warga emas oleh kerana kesesakan lalulintas di Jalan Satok dan Jalan Tunku Abdul Rahman dan seluruh kejiranan terbabit. Pelan pembangunan itu tak boleh buat sebab Daud terpaksa roboh rumah dan pindah! Dia kata tak boleh!

Penyelesainnyya mudah ... robohkan rumah Daud Abdul Rahman dan binakan jejambat semoga rakyat Kuching Timur sejahtera dan bahagia. Ini akan bermakna filsafah MENDAHULUKAN DAN MENGUTAMAKAN RAKYAT! Ini tidak! Daud dulu ...!

Bila pengundi Tupong nak bertindak denda Daud ...?!

Lebih baik lagi ... jangan undi dia! Angkuh! Penyamun! Tak bertimbang rasa!


View Larger Map
Wilayah Jajahan rumah Daud Abdul Rahman



Ahad, 10 April 2011

Jambatan Pending | Bekas tangan Daud Abdul Rahman

[Atas] Gambar satelit lokasi Jambatan Pending [ Lokasi 1° 32' 48" N, 110° 23' 21" E


Gambar-Gambar kerosakan dan KERJA pembaikan bertarikh 31 March 2011


Jambatan Pending menyambung Kawasan Industri Ringan Tabuan dengan Jalan Setia Raja yang menghala ke Pelabuhan Sim Kheng Hong di mana semua hasil diekspot keluar negeri. Ia memendekkan perjalanan yang kalau tiada jambatan harus melalui kawasan perumahan Tabuan Jaya dan seterusnya menemui arus lalulintas yang sesak di Jalan Tun Razak untuk terus ke Pelabuhan Sim Kheng Hong.

Selain itu, dari Pelabuhan, kargo juga boleh dihantar terus ke Stampin dan Lebuhraya ke Serian dan Sibu, tanpa melalui kesesakan lalulintas.

Fungsi Jambatan Pending penting bagi ekonomi dan hidup harian. Jambatan ini telah dirancang agaknya dalam tahun 60'an dan hanya dibina dalam hujung tahun 70'an atau awal 80'an oleh Jabatan Kerja Raya, Sarawak. Pokoknya ini adalah sebahagian daripada usaha pembangunan dan pelaksanaan rancangan Pembangunan Kerajaan Malaysia.

Jambatan ini dipercaya direka oleh perunding Malaysia Associates, sebuah firma perunding kejuruteraan yang pada ketika itu milik dua orang bumiputera Daud Abdul Rahman dan Abdul Hadi.

Pada mulanya selepas siap jambatan ini bermasaalah sebab semasa itu ianya tidak dibuka kepada lalulintas untuk kenderaan berat yang membawa muatan atau kargo dari Pelabuhan Sim Kheng Hong. Kononnya ada kerja pembaikan yang telah dibuat dan selepas itu dibuka kepada lalulintas am. Sekarang akhir-akhir ini jambatan itu telah lagi melalui masaalah dan sekarang sedang dibaiki. Jika ini berterusan, nampaknya terganggu teruk kegiatan ekonomi dan pembangunan disebabkan masaalah.


View Larger Map
[ Sekitar kawasan bawah naungan khidmat Jambatan Pending ]


Adalah dijangka masaalah jambatan ini disebabkan cacat rekabentuk dan tidak menepati standard kejuruteraan yang mesti memenuhi tujuan asalnya untuk lalulintas muatan/kargo dan trafik am.

Di kalangan kumpulan pereka dan perunding kejuruteraan sewaktu lingkungan akhir tahun 70'an dan awal 80'an pernah timbul kritikan hebat yang, kalau difikirkan kesannya sekarang, amat tepat pada tempatnya. Tetapi, tiada berita keluar tentang tanggungan perunding Malaysia Associates. Di kalangan jurutera-jurutera di Kuching heboh dengan berita bahwa Daud Abdul Rahman kemudian dibantu oleh Michael Parker dan Abang Johari dan syarikatnya tiada tanggungan apa-apa atas kecuaian profesyunal dan kerosakan mahu pun kemusnhan hingga hari ini. Malah Daud Abdul Rahman terus menjadi ahli politik PBB dan sekarang ahli Kabinet KM Taib Mahmud.

Kesudahanya, pada rakyat dan orang awam, nampak orang-orang yang pada hakikatnya tiada maruah dilindung dan hadiahkan lagi dengan kuasa politik dan kontrak-kontrak lumyan. Daud Abdul Rahman tidak layak dan bermaruah untuk mewakili penduduk N 6 Tupong dan tidak patut dikekal sebagai wakil rakyat.

Pengundi-pengundi di Tupong berhak tahu siapa sebenarnya wakil rakyat mereka!




Tontoni kesemua gambar-gambar Jambatan Pending dalam slide berikut:








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...