Home

Memaparkan catatan dengan label rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rasuah. Papar semua catatan

Ahad, 14 April 2013

Sarawak | Khazanah Hutan dan Tanah Pusaka Teraniaya



Penyelewengan penerokaan hutan Sarawak sangat serius

Hazayani Zakaria, 25 Mac 2013


(Zulkifli [tengah] dan rakan-rakan menceritakan masalah alam sekitar di Sarawak yang semakin terdedah)

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud berhubung pendedahan Video Global Witness mengenai penerokaan hutan di negeri itu.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar berkata, Taib dan juga kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam dakwaan urus tadbir itu harus mengambil cuti buat sementara waktu agar siasatan dapat dijalankan oleh SPRM.

"Sudah seminggu pendedahan ini dibuat tapi belum ada siasatan dijalankan.

"Sebagai sebuah kerajaan yang dimomokkan adil dan telus dalam setiap urus tadbir mereka, seharusnya tindakan ini diambil," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Video selama 16 minit 24 saat itu meliputi empat hasil siasatan melalui penyiasat persendirian yang menyamar sebagai pelabur untuk penanaman kelapa sawit di Sarawak antaranya ialah habuan kepada Taib dari kelulusan Lesen Penanaman / Pertanian.

Global Witness yang berpengkalan di London itu juga mendedahkan terdapat korupsi dari Perjanjian Tanah di mana sebahagian ahli keluarga Taib itu diberikan tanah atas arahan Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang dipimpin oleh Taib sendiri dan mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit darinya.

Selain itu, sebuah syarikat perkongsian di antara sepupu Taib, seorang Ahli Parlimen dari parti Taib dan kakak ipar Najib ditawarkan untuk jualan melalui transaksi tidak sah di Singapura yang direka untuk mengelak cukai dari Kerajaan Malaysia.

Korupsi juga berlaku dalam perkhidmatan yang ditawarkan peguam tempatan untuk membantu transaksi haram dan bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan Singapura.

"Jika proses kelulusan lesen balak boleh dimanipulasi untuk kepentingan jahat pihak yang berkepentingan sehingga akhirnya mendorong kemusnahan hutan malah sistem ekologi yang menjadi sumber makanan dan minuman kepada haiwan liar serta Orang Asal di Sarawak," katanya lagi.

Zulkefly juga berkata, jika pendedahan itu tidak benar, Taib harus membuat penafian atau menyaman Global Witness.

"Kalau Global Witness salah buat laporan, Taib seharusnya membuat penafian atau mengambil tindakan undang-undang.

"Sekarang ini beliau mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa," katanya.

Justeru beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengambil apa-apa tindakan, pihaknya sendiri akan membuat aduan ke institusi tersebut.

"Sebelum ini dah ada beberapa kenyataan daripada pemimpin BN mengenai isu ini tapi SPRM tak siasat pun.

"Jadi kalau dalam masa seminggu ini tiada apa-apa tindakan juga, kami sendiri akan ke pejabat SPRM," katanya sambil menambah akan melakukan siri jelajah berhubung isu ini. - Harakahdaily.net


Video Pendedahan Global Witness





Jaringan maklumat:

Khamis, 21 Mac 2013

NGO GlobalWitness | KM Taib & pengumpulan hartanya






Video GlobalWitnes di Sarawak: SPRM kena siasat segera

Harakahdaily | 20 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak segera terhadap pendedahan yang dibuat oleh Global Witnes melalui satu klip video yang kini menjadi video paling panas di Malaysia.

Anggota Lembaga dan Penal SPRM, Salahudin Ayub membuat desakan ini ekoran pendedahan yang dibuat oleh klip video berkenaan.

"Saya meminta SPRM membuat tindakan segera. Lagi lambat tindakan diambil lagi rosak nama baik kita (SPRM)," kata Salahudin (gambar) kepada Harakahdaily.

Sehingga berita ini ditulis, sudah lebih 135,221 orang menonton klip video Bahasa Inggeris tetapi mempunyai terjemahan yang baik dalam Bahasa Malaysia ini. Sudah 2,337 penonton video ini menyatakan 'like' kepada video ini.

Video klip ini mendedahkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Taib Mahmud mengumpul kekayaan untuk mereka dengan menipu dan melanggar undang-undang negara.

Klip bertajuk 'Di sebalik bayang-bayang sebuah negeri di Malaysia - sebuah filem oleh Global Witnes' mengisahkan cerita seorang aktivisnya yang menyamar untuk melabur di Sarawak.

Ia berupa kisah korupsi yang berlaku dalam sebuah keluarga elit yang memerintah Sarawak yang mengeksloitasi segala hasil dan rakyat negerinya untuk kepentingan mereka.

"Dengan menyamar sebagai pelabur, Global Witnes telah ke Sarawak untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana perniagaan ini dijalankan dan ke manakah wang itu disalurkan," kata Global Witnes di awal video ini.

Ekoran itu, mereka telah bertemu dengan pegawai kerajaan yang bertugas bagi membolehkan pelaburan dibuat.

Namun, pegawai ini telah memperkenalkan mereka dengan keluarga Taib Mahmud untuk menjalan perniagaan ini termasuklah sepupu Taib, Fatimah Abdul Rahman.

Dari situlah Global Witnes mendedahkan segala-galanya tentang apa yang berlaku di Sarawak.


Jaringan maklumat:

Isnin, 3 Disember 2012

"1Malaysia" | Kekerasan, Kerakusan & Penipuan





Ada orang pernah mengata hidup satu mimpi, khayalan dan kerana itu dunia akan khiamat tak lama lagi konon, kerana manusia derhaka kepada Tuhan. Satu hari nanti "dunia" akan kiamat. Tapi jangan bimbang, ianya tak akan berlaku dalam hidup kamu atau 10 generasi akan datang

Itu satu anggapan atau "persepsi". Kuasa mengenal atau "to perceive" ada dengan semua orang. Tetapi untuk mengenal, mengetahui, menyedari bergantung kepada makluman sedia ada dan sikap dan upaya. Dengan Internet dan Dunia Maya lebih banyak lagi makluman yang membanjiri minda semua. Tapi hanya sedikit saja yang bermakna bagi tujuan peribadi kita untuk membuat sesuatu keputusan.

Dengan berasas makluman dan fakta tertentu kita memutus sesuatu perkara dan membawa makna kepada hidup kita.

Selain Internet, yang tidak semua orang Malaysia boleh ikuti,cara dan kaedah tradisyunal atau biasa ada - suratkhabar, TV dan Radio. Tapi apakah kita bebas untuk mengetahui kesemuanya perkara yang perlu untuk membuat keputusan dalam hidup.

Sila ikuti ceramah Mat Sabu, satu petikan daripada ceramah yang penuh dan asalnya terlalu panjang untuk disiarkan di sini. Ceramah ini berlaku di Lembah Pantai kira-kira 8 bulan lalu.





Jaringan maklumat:

Khamis, 8 November 2012

Kebebasan | Tertakluk kepada maksud & ma'ana






Jaringan maklumat:

Jumaat, 19 Oktober 2012

LAPURAN AUDIT NEGARA 2011 | Pengurusan Kerajaan & Kewangan Malaysia makin merosot

Audit 2011: Kerajaan BN terus seleweng, membazir

Laporan Audit 2011 sekali lagi mendedahkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang berterusan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Saban tahun laporan audit dikeluarkan dengan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan di dalam tadbir urus kewangan, namun ianya terus berlaku seolah-olah ia tidak diambil berat oleh kerajaan. Ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan penbambahbaikan.

Apa yang dibimbangi laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara hanya sekadar untuk memenuhi kewajipan sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab mengaudit perbelanjaan kerajaan semata-mata dan hanya untuk melengkapkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen.

Laporan audit dijalankan melalui 4 jenis pengauditan, antaranya :- Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Pengauditan Pematuhan - untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan Persekutuan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamat yang ditetapkan.

Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan - untuk menilai sama ada pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan dengan teratur.

Persoalannya, adakah kerajaan dan Jabatan Audit Negara hanya berselindung di sebalik kaedah pengauditan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telah menjalankan pengauditan secara professional dengan menggunakan kaedah yang betul tetapi dalam masa yang sama, ada perkara-perkara yang menimbulkan banyak keraguan terutama projek-projek yang tidak dinyatakan di dalam laporan audit tersebut.

Amat wajar rakyat meneliti beberapa intisari kepada laporan audit 2011 yang jelas menunjukkan berlakunya beberapa perkara yang membimbangkan tentang gejala penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang pasti disebalik perkara tersebut akan menguntungkan sesetengah pihak yang tertentu dan membebankan negara dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Intisari laporan yang boleh diteliti melalui beberapa Kementerian dan agensinya,antaranya :

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. dua lanjutan masa selama 669 hari telah meningkatkan kos keseluruhan projek dengan kenaikan yuran perunding;

ii. pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada bayaran yuran khidmat nasihat kewangan berjumlah RM1.06 juta kepada CIMB Investment Bank Bhd. dan Maybank Investment Bhd. adalah pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian Pengangkutan (Kementerian) tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain;

iii. kelewatan dalam pengambilan tanah di antara 82 hingga 1,227 hari;

iv. pelantikan kontraktor tidak secara pembidaan kompetitif;

v. syarat kontrak yang tidak menjamin kepentingan Kerajaan; dan

vi. kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti.

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Pengurusan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan Objektif program penyediaan/peningkatan kemudahan pelancongan adalah untuk menyedia dan menambahkan lagi kemudahan asas/infrastruktur pelancongan serta membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pelancongan. Kementerian Pelancongan Malaysia (Kementerian) telah diperuntukkan sejumlah RM795.15 juta dibawah RMKe-9 dan PRE. Jumlah peruntukan ini adalah untuk melaksanakan 846 projek infrastruktur dan penyenggaraan, di mana ia meliputi sejumlah RM548.81 juta untuk 210 projek pembinaan infrastruktur dan sejumlah RM246.33 juta untuk 636 projek penyenggaraan. Setakat bulan Disember 2011 sejumlah RM772.41 juta (97.1%) telah dibelanjakan.

Pada keseluruhannya pengauditan yang dijalankan mendapati bilangan projek yang dilaksanakan adalah memuaskan di mana sebanyak 742 (87.7%) daripada 846 projek telah disiapkan. Bagaimanapun, daripada sampel projek yang diaudit terdapat kelemahan seperti berikut: i.bayaran telah dibuat untuk kerja pembinaan/bekalan yang tidak dilaksanakan/dibekalkan;

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional

Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi tujuan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Perolehan 1,293 item peralatan berjumlah RM63.02 juta telah diuruskan secara tender terbuka yang melibatkan 14 syarikat. Baki peruntukan berjumlah RM13.81 juta pula disalurkan kepada 85 Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Vokasional (SMV) untuk tujuan perolehan secara sebut harga atau/dan pembelian terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya perolehan peralatan MPAV adalah memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. satu syarikat masih gagal membekalkan 2 jenis peralatan bernilai RM1.50 juta;

ii. sebanyak 139 unit peralatan bernilai RM2.21 juta tidak mengikut spesifikasi;

iii. sebanyak 30 unit peralatan bernilai RM337,077 telah dibayar sebelum diuji lari;

iv. tuntutan yang meragukan untuk bekalan peralatan MPAV bernilai RM1 juta;

v. sebanyak 2,447 unit peralatan bernilai RM7.39 juta masih belum/tidak digunakan sehingga tarikh lawatan Audit; dan

vi. pemantauan secara fizikal yang dilaksanakan sama ada di peringkat Kementerian atau negeri tidak disokong dengan laporan mengenainya.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor

Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang ditemui seperti berikut:

i. pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan;

ii. yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar;

iii. bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani;

iv. asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalah diragui;

v. kerja pembinaan yang berkualiti rendah;

vi. perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000; dan

vii. sebanyak 158 unit kuarters yang siap dibina masih belum diduduki oleh kakitangan hospital.

Pihak Audit mengesyorkan Kementerian mempertimbangkan tindakan seperti berikut:

i. mempertimbangkan tindakan terhadap pegawai yang memperakukan dan meluluskan bayaran kepada perunding sebelum perjanjian ditandatangani;

ii. memantau kerja kontraktor dan memastikan kerja yang tidak mengikut spesifikasi, tidak sesuai dan belum dilaksanakan dapat dibuat dengan segera agar hospital baru dapat beroperasi secara maksimum. Tindakan juga perlu diambil terhadap kontraktor sekiranya gagal melaksanakan kerja tersebut; dan

iii. tawaran perlu dibuka kepada agensi Kerajaan yang lain sekiranya pegawai di hospital tidak berminat mendiami kuarters tersebut bagi mengelakkan pembaziran.

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Pembinaan Dan Perolehan Peralatan Pembelajaran Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

Setakat tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia (Kementerian) telah membina 8 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di seluruh Malaysia termasuk 4 yang baru siap dibina pada tahun 2009 hingga 2011.

Bagi perolehan peralatan pembelajaran, di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sejumlah RM228 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan perolehan dibuat secara rundingan terus.

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara amnya prestasi pembinaan 4 ADTEC iaitu Taiping,Kemaman, Bintulu dan Jerantut adalah memuaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya seperti berikut:

i. empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga 6 lanjutan masa melibatkan tempoh antara 90 hingga 706 hari. ADTEC Jerantut mengalami kelewatan yang paling lama iaitu sehingga 706 hari (23 bulan);

ii. prestasi perolehan peralatan pembelajaran adalah kurang memuaskan kerana kelewatan melaksanakan proses rundingan harga mengakibatkan peralatan pembelajaran tidak dapat dibekalkan sebaik sahaja bangunan disiapkan; dan

iii. terdapat kerja yang tidak mematuhi spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai. Namun begitu, Kementerian telah memberikan komitmen untuk memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan di mana tindakan segera telah diambil terhadap beberapa kelemahan/ kecacatan kerja yang dilaporkan.

Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan seperti berikut:

i. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) perlu mempercepatkan proses perolehan peralatan pembelajaran bagi memastikan kemasukan pelajar dapat dibuat mengikut perancangan asal serta keupayaan serta kapasiti bangunan dapat diuji bersama-sama dengan peralatan pembelajaran sebelum berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan. Bagaimanapun, JTM juga bertanggungjawab untuk memastikan proses perolehan peralatan pembelajaran dibuat dengan teratur bagi mengelakkan Kerajaan mengalami kerugian;

ii. Kementerian/JKR hendaklah menyenaraihitamkan kontraktor/ konsultan yang gagal melaksanakan kerja pembinaan mengikut syarat kontrak

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera Bagi Angkatan Tentera Malaysia

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi 12 projek Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) yang dibina dalam RMKe-9 dan pengurusan RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

i. kontraktor gagal menyiapkan projek dalam tempoh kontrak asal dan diberi lanjutan masa antara 94 hingga 1,240 hari;

ii. projek RKAT yang telah siap mempunyai bilangan kecacatan pembinaan dan kerosakan yang tinggi dan kontraktor gagal membaikinya dalam tempoh tanggungan kecacatan;

iii. peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1,297.18 juta berbanding kos kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta;

iv. kelemahan dalam pengurusan kemudahan RKAT yang disediakan seperti RKAT tidak diduduki sepenuhnya, kualiti perabot yang rendah dan tahap kepuasan penghuni terhadap kemudahan RKAT adalah kurang memuaskan; dan

v. pentadbiran kontrak dan pengurusan penyenggaraan yang kurang memuaskan. RAHSIA

Pihak Audit mengesyorkan supaya Kementerian mengambil tindakan seperti berikut:

i. memastikan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja pembinaan dan penyediaan kemudahan RKAT adalah berkelayakan dan berwibawa;

ii. membuat pemeriksaan dan memastikan kontraktor membaiki kerosakan/kecacatan yang ditemui dengan segera sebelum memulangkan Bon Pelaksanaan atau sebelum Tempoh Tanggungan Kecacatan tamat. Pelarasan harga projek bagi kerja-kerja yang tidak disempurnakan oleh kontraktor hendaklah dibuat;

iii. melaksanakan pengurusan nilai bagi semua projek yang bernilai RM50 juta untuk mendapat value for money dalam perbelanjaannya;

iv. memastikan kesemua unit RKAT sedia ada digunakan secara optimum dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengisi RKAT yang masih kosong dan memperbaiki unit RKAT yang rosak; dan

v. memastikan klausa kontrak dikuatkuasakan bagi menjamin kepentingan Kerajaan serta mengelakkan implikasi kewangan yang akan merugikan Kerajaan.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Polis DiRaja Malaysia

Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah

Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah adalah memuaskan di mana ia telah dapat disiapkan dan berjaya mencapai objektif pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan seperti berikut:

i. projek mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada tempoh projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh sebenar pemilikan tapak;

ii. projek lewat disiapkan dari tarikh asal projek sepatutnya siap di mana 2 lanjutan masa selama 299 hari telah diluluskan (Fasa I) dan 3 lanjutan masa selama 528 hari telah diluluskan (Fasa II);

iii. terdapat reka bentuk/spesifikasi yang tidak sesuai serta terdapat kerja pembinaan yang tidak memuaskan/tidak siap; dan

iv. Kementerian tidak merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan pembersihan bagi kawasan pembinaan setelah projek diserahkan kepada pengguna.

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat melaksanakan perkara seperti berikut:

i. Kementerian/Kementerian Kewangan perlu mengambil tindakan segera terhadap permasalahan yang wujud di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan objektifnya dapat direalisasikan mengikut perancangan. Ia juga bagi memastikan Kontraktor tidak terjejas dengan sebarang keputusan yang tertangguh oleh pihak Kerajaan yang memberi kesan kepada pematuhan Kontraktor terhadap jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan;RAHSIA

ii. Kementerian perlu memastikan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan diperolehi sebelum sesuatu kerja pembinaan ditawarkan;

iii. Kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perunding yang gagal mengambil kira keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna dengan menyenaraihitamkan perunding berkenaan daripada mengambil bahagian dalam manamana projek pembinaan Kerajaan di masa hadapan;

iv. Kementerian melalui perunding yang dilantik perlu memastikan kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi menjamin kualiti pembinaan;

BADAN-BADAN BERKANUN

Pihak Jabatan Audit Negara turut menunjukkan bukti penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran melalui penemuan-penemuan audit yang telah dilaporkan di dalam Laporan Maklum Balas Aktiviti Badan Berkanun.

Penemuan audit yang perlu diberi perhatian antaranya :

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pelantikan Konsultan Progam TUKAR

Semakan Audit mendapati pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR telah diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus. Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. Selain itu, SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut. Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 30 Mei 2011.

Syarikat ini telah melaksanakan pengubahsuaian kedai runcit, bekalan peralatan dan P.O.S System kepada 111 koperasi yang terlibat dengan program TUKAR dengan jumlah peruntukan RM5.40 juta. Sehingga bulan Mei 2012, SKM telah membayar balik tuntutan pembekalan sejumlah RM5.41 juta kepada syarikat itu dengan menggunakan peruntukan RMKe-10 berjumlah RM3.05 juta dan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi berjumlah RM2.36 juta.

Pada pendapat Audit, SKM perlu memastikan setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan dilakukan hendaklah mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis daripada Kementerian Kewangan perlu diperoleh bagi pengecualian terhadap peraturan yang berkenaan. Ini adalah untuk memastikan semua perolehan mematuhi peraturan serta mengelakkan ketidakpatuhan dalam proses perolehan. SKM memaklumkan permohonan kelulusan khas dan perolehan secara runding terus telah dikemukakan pada 5 Jun 2012.

SKM telah menerima kelulusan khas perolehan secara rundingan terus dari Kementerian Kewangan bagi perkhidmatan/bekalan program pemodenan kedai runcit koperasi untuk pembayaran kepada Felda Trading Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2012 bagi tempoh selama 5 tahun mulai tahun 2011 hingga 2015. SKM telah mengeluarkan surat tawaran perlantikan konsultan dan pembekal melalui surat bertarikh 27 Januari 2012.

Amat wajar perkara ini diberi perhatian kerana dilihat ada unsur penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku melalui pelantikan Konsultan tersebut. Amalan tatacara yang tidak mengikut prosedur seperti ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia akan membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.

Di dalam laporan Maklum Balas tersebut banyak teguran yang telah dibuat oleh pihak audit terhadap Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM terutama melibatkan beberapa perkara lain yang berkaitan tatacara pelantikan konsultan.

Lembaga Getah Malaysia LGM

Penemuan audit banyak berkaitan dengan pembelian peralatan yang kategorikan belum digunakan, tidak digunakan dan tidak digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa kes yang seumpama itu di dalam penemuan audit berkaitan dengan Lembaga Getah Malaysia, antaranya :

Contoh peralatan yang belum digunakan :

Lawatan Audit 19 Disember 2011 mendapati 6 jenis peralatan berjumlah RM5.22 juta masih belum dipasang dan telah disimpan di premis pembekal dan pihak yang dilantik olehnya. Semakan lanjut mendapati tiada surat atau perjanjian yang menyatakan pembekal dan pihak yang dilantik olehnya boleh menyimpan komponen peralatan tersebut bagi pihak LGM.

Contoh peralatan yang tidak digunakan :

Peralatan 13L dan 100L Fermenters telah diterima oleh LGM pada bulan Disember 2008. Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan ini telah siap dipasang sepenuhnya tetapi tidak digunakan. Tempoh peralatan tidak digunakan selama 36 bulan kerana masih belum ada keperluan bagi tujuan penyelidikan menyebabkan objektif pembelian peralatan tidak tercapai.

Contoh peralatan yang tidak digunakan sepenuhnya:

Lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2011 mendapati peralatan berjumlah RM1.71 juta telah dipasang tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana objektif pembelian. Peralatan ini hanya dapat digunakan untuk mengujilari Profile Product dan Surface Product. Perkara ini disebabkan komponen peralatan iaitu Cooling dan Cutter Line belum dibeli untuk menghasilkan produk. Semakan Audit mendapati komponen peralatan ini tidak dimasukkan dalam spesifikasi pembelian Cold Feed Extruder. Mengikut Minit Mesyuarat Ringkasan Projek Pembangunan RMKe-9, peruntukan yang tidak mencukupi menyebabkan pembelian komponen peralatan terpaksa ditangguhkan.

Laporan audit 2011 telah menggunakan beberapa perkataan seperti; “kurang memuaskan”, “kelemahan”, “beberapa kelemahan”, “tidak digunakan”, “belum digunakan” dan “tidak digunakan sepenuhnya”. Penggunaan perkataan tersebut telah mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran.

Ini adalah sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,terdapat banyak lagi penemuan-penemuan yang ditunjukkan di dalam Laporan Audit 2011. Semua penemuan ini jelas menunjukkan salah urus dalam pentadbiran dan perbelanjaan kerajaan dan agensi di bawahnya. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang banyak sehingga mencecah berbillion ringgit.

Rakyat mesti berazam untuk menghukum kerajaan dalam PRU 13 nanti, kerajaan yang sanggup berbelanja besar dan membazir demi kepentingan mereka dan kelompok tertentu bukan untuk rakyat. Penyalahgunaan kuasa,penyelewangan dan pembaziran tersebut sekaligus akan meningkatkan kadar hutang negara. Ini akan menyebabkan rakyat terus dibebani dengan hutangh Negara yang tidak berkesudahan.

Disediakan oleh Majlis Penyelidikan, Dewan Ulamak PAS Pusat. 9 Okt 2012


Jaringan maklumat:

Selasa, 16 Oktober 2012

Lapuran Audit Negara 2011 | Makanan LUPUT TARIKH untuk Murid Sekolah Agama



KUALA LUMPUR,16 Okt 2012: Meskipun dibiayai dengan harga berjuta ringgit, Laporan Audit 2011 mendapati makanan mentah yang dibekalkan ke 10 sekolah menengah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang adalah pada tahap kurang memuaskan.

Antara kritikan yang diterima ialah makanan mentah yang dibekalkan tidak berkualiti, tidak mengikut sukatan yang ditetapkan dan lebih teruk lagi tidak berlabel halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melebihi tarikh luput.

Selain itu, Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang turut melaporkan stok bahan makanan utama yang boleh disimpan lama tidak mampu menampung keperluan minimum selama 3 hari manakalan spesifikasi bekalan bahan mentah dan bermasak yang dibekalkan – kualiti ikan yang dibekalkan tidak dapat ditentukan.

Beliau turut mengkritik prestasi kebersihan dapur dan dewan serta pengurusan dan keselamatan dapur yang disifatkan ‘kurang memuaskan’ – antaranya borang pesanan makanan disediakan kurang dari 48 jam dan tiada tarikh pesanan dicatat dalam borang dan pekerja yang tidak dilatih dalam Kursus Pengendalian Makanan.

Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 18 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang terletak hampir di semua daerah dengan asrama dan pengurusan bekalan makanan bermasak adalah di bawah tanggungjawab JAIP.

Kontrak kerajaan negeri kepada JAIP adalah untuk membiayai kontrak bekalan makanan bermasak yang diperbaharui setiap 2 tahun sekali.

Dengan anggaran pelajar seramai 7,990 orang, perbelanjaan nilai kontrak bekalan makanan bermasak meningkat sebanyak RM8.72 juta bagi tempoh 2010 hingga 2011 berbanding 2008 hingga 2009.

“Pada tahun 2009, perbelanjaan bekalan makanan bermasak bagi 18 buah asrama SMA berjumlah RM11.08 juta, tahun 2010 berjumlah RM12.96 juta dan RM12.86 juta pada tahun 2011,” kata KAN dalam laporannya.

Tiada pemantauan langsung

Pemantauan di peringkat JAIP dan SMA turut dikritik sebagai kurang memuaskan oleh KAN kerana gagal menubuhkan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Pemantau.

Sebagai langkah penambahbaikan, KAN menyarankan agar JAIP perlu menyediakan garis panduan atau tatacara bagi memperkemas dan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pembekalan, penyediaan bahan mentah dan bermasak serta menerima pakai Panduan Pelaksanaan Kontrak Bekalan Bermasak Di Sekolah-Sekolah Berasrama mengikut Pekeliling Bahagian Pembangunan Dan Bekalan Kementerian Pendidikan Bil. 2 Tahun 1994.

Selain itu, JAIP perlu memerincikan spesifikasi bahan bekalan yang dibekalkan oleh kontraktor di dalam kontrak yang dimeterai dan mengadakan latihan dan taklimat kepada Penyelia Asrama/Pengelola Makanan SMA berkenaan pengurusan makanan bermasak.

Di samping itu, pihak SMA perlu mengadakan pemantauan secara harian dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat kontrak.

KAN juga menyarankan agar JAIP bekerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan premis, kesihatan pekerja, peralatan dan perkakasan dewan makan serta kualiti makanan secara berkala terhadap SMA tersebut. - Harakahdaily


Jaringan maklumat:

Sabtu, 13 Oktober 2012

Musa Aman KM Sabah | Kes rasuahnya dibersihkan Kerajaan, untuk sementara waktu



Kerajaan Malaysia masih lagi berdalih walaupun bukti dan keterangan melibatkan badan penyiasat ICAC(HK) dan Switzerland nyata . Kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri hanya menolak tuduhan ke atas KM Sabah Musa Aman dengan mengesahkan wang RM40 juta sumbangan kepada Parti UMN Sabah. Kalau begitu UMNO Sabah patut diheretkan ke Mahkamah kerana semua wang itu adalah sebenarnya sebagian daripada banyak lagi wang hasil pembalakan haram dan lain-lain di Sabah.

Sebuah pertubuhan NGO, Bruno Manser yang mengambil berat tentang salahlaku di Sarawak dan Sabah menerangkan saperti berikut melalui lapuran sarawakreport.org:-

Ya, Kami Telah Bekerjasama Dengan Pihak Hong Kong Berkenaan Kes Musa Aman – Kenyataan Pihak-Pihak Berkuasa Swiss! 23 Apr 2012

Menurut kenyataan dari pejabat Peguam Negara Swiss, Michael Lauber [gambar kanan] yang diterbitkan pada hari ini dalam akhbar kebangsaannya, telah menambahkan dan memperkuatkan lagi bukti kami bahawa Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, telah dibabitkan dalam penyiasatan yang melibatkan wang sogokan kegiatan pembalakan bernilai US$90 juta.

Akhbar mingguan "Sonntagszeitung" yang beribu-pejabat di Zurich, sedang mengikuti laporan kami bahawa pihak berkuasa Hong Kong telah menyiasat jutaan dollar, yang disalurkan dari syarikat-syarikat yang terbabit dengan lesen-lesen pembalakan di Sabah ke dalam akaun bank UBS Zurich di atas nama Musa Aman sendiri. Akhbar "Sonntagszeitung" pada mulanya telah mencabar kesahihan bank UBS Swiss yang dituduh menguruskan segala transaksi menerusi jaringan akaun-akaun bank yang kompleks, yang dikendalikan oleh dua orang rakan Ketua Menteri Sabah itu, iaitu peniaga kayu balak Michael Chia dan peguam Richard Christopher Barnes. Sehingga kini bank berkenaan belum lagi memberikan sebarang komen.

Namun, akhbar berkenaan telah menerima pengesahan ke atas siasatan itu dari agensi penguatkuasa perundangan Swiss, iaitu Pejabat Peguam Negaranya. Para pemberita telah mengemukakan suatu soalan, dengan menyebut secara betertib nama Musa Aman, dan dengan menyentuh kedudukannya dan sejumlah wang bernilai US$90 juta yang mana pihak berkuasa Hong Kong telah dipercayai menjalankan siasatan mereka juga.

Mereka bertanya sama ada pihak-pihak berkuasa Swiss telah didatangi oleh ICAC Hong Kong bagi membantu dengan memberikan maklumat berkenaan kes berkenaan:

Soalan:

“Seorang ahli politik Malaysia, Musa Aman, seorang menteri yang menerajui kerajaan Sabah kini, merupakan orang yang terlibat dalam kes rasuah di Malaysia dan juga di Hong Kong. Pihak anti rasuah Hong Kong telah memfailkan laporan berkenaan. Difahamkan bahawa menerusi wakil-wakilnya, Musa Aman telah menerima sejumlah US$90 juta wang sogokan daripada syarikat-syarikat pembalakan sebagai wang sogokan mereka untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan. Adalah disyaki bahawa wang itu telah disalurkan menerusi suatu jaringan syarikat-syarikat dan didepositkan ke dalam akaun bank UBS di Hong Kong dan Zurich atas namanya. Peguam Richard Christopher Barnes dan peniaga Chia Tien Foh disebutkan sebagai wakil-wakil kepada Musa Aman itu. Kejadian ini berlaku antara tahun-tahun 2006 hingga 2008. Persoalan saya seterusnya: Sudahkah Pejabat Peguam Negara mengetuai siasatan ke atas penyelewengan kewangan yang disyaki itu mahupun kes-kes jenayah yang berkaitan dalam konteks ini?” [Terjemahan soalan-soalan ini telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland, oleh akhbar mingguan Swiss yang beribu-pejabat di Zurich, Sonntagszeitung, 20hb April 2012]

Berikut adalah merupakan jawapan Pejabat Peguam Negara Switzerland yang mengesahkan bahawa siasatan ke atas kes yang melibatkan wang sogokan Musa Aman:

Kenyataan:

“Pejabat Peguam Negara (Switzerland) dalam konteks ini telah memberikan kerjasama di segi perundangan. Hasil penguatkuasaan undang-undang telahpun dikemukakan ke Pejabat Persekutuan Kehakiman pada 29hb Mac 2012 untuk dikemukakan kepada pihak-pihak berkuasa Hong Kong yang telah memohonnya. Pejabat Peguam Negara tidak memaklumkan isi kandungan ataupun maklumat lengkap berkaitan bantuan perundangan yang dipohon itu.” [Terjemahan jawapan oleh Jacgueline Buhlmann, jurucakap untuk Pejabat Peguam Negara 20hb April 2012]

Kenyataan mengenai siasatan ini menjadikan suatu kesukaran bagi Musa Aman untuk terus menafikan pembabitannya dengan Michael Chia [gambar- Musa (kiri), Michael Chia (kanan)] dan Richard Christopher Barnes, yang pada awalnya telah didakwanya sebagai sesuatu yang direka-reka.

Sejak kebelakangan ini Musa Aman dan para penyokongnya telah mengatur beberapa strategi penafian, dengan mengemukakan kenyataan-kenyataan yang menuduh Sarawak Report sebagai mereka-reka laporan, mengada-ngadakan bukti-bukti palsu dan menunjukkan-nunjukkan dokumen-dokumen yang telah disunting.

Mereka telah tegas dengan pendirian mereka, walaupun pihak UBS atau ICAC Hong Kong mahupun Malaysia bersedia untuk mengambil langkah-langkah untuk menafikan bahan-bahan yang kami kemukakan, yang sepatutnya diperlakukan sedemikian jika bahan-bahan kami itu sememangnya palsu.

Kini Musa Aman diwajibkan untuk membuat kenyataan selanjutnya untuk menjelaskan kedudukannya berkaitan perkembangan terkini. Adakah dia akan mengatakan bahawa pihak pendakwaraya Switzerland juga berbohong? Atau adakah dia akan mengatakan bahawa Akhbar Kebangsaan Switzerland itu mengada-ngadakan cerita bohong yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya mereka?

Musa Aman akan berdepan kesukaran untuk mengelak, kerana kenyataan yang berasingan yang diberikan kepada pihak Sonntagszeitung oleh Pejabat Kehakiman Swiss juga mengesahkan bahawa ianya membantu dalam pemindahan antarabangsa dokumen-dokumen yang dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara kequoote Hong Kong:

Kenyataan:

“Dapat saya tambahkan di sini bahawa pada 31hb Mac 2012, Pejabat Persekutuan Kehakiman telah memindahkan fail-fail bagi membantu siasatan, sebagaimana diperlukan oleh Pejabat Peguam Negara, kepada pihak berkuasa Hong Kong yang memohonnya.” [Terjemahan kenyataan oleh Folco Galli, Ketua Pejabat Penerangan di Jabatan Kehakiman Swiss, 20hb April 2012]

Dalam responsnya terhadap perkembangan-perkembangan ini pihak NGO Swiss, Bruno Manser Fund kini telah mengeluarkan cabarannya kepada pihak Hong Kong untuk mendedahkan butir-butir lanjut dalam siasatan mereka itu.

Pihak BMF juga telah memohon dari ICAC Hong Kong untuk mengeluarkan laporan yang lengkap pada kenyataan akhbar mereka.

Dan pihak NGO berkenaan juga telah memberikan isyarat bahawa siasatan seterusnya perlu dijalankan ke atas peranan bank UBS Switzerland berkaitan skandal ini:

“Bruno Manser Fund telah meminta pihak-pihak berkuasa Hong Kong untuk memberikan butir-butir hasil siasatan mereka, kerana ini merupakan persoalan peringkat antarabangsa. Bruno Manser Fund mengutuk UBS kerana membenarkan kemasukan wang sogokan ke dalam simpanannya dan mempersoalkan sama ada bank itu ada menguatkuasakan undang-undang Swiss ke atas kegiatan itu” [Kenyataan akhbar BMF, 20hb April 2012]

Dalam pada itu, Sarawak Report merancang untuk meneruskan pelaporan dan pendedahan apa jua dokumen-dokumen berbukti yang didepositkan mengenai kes ini dalam sedikit masa lagi.

Kami akan terus bertanya mengapakah Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah bersekongkol menghalang pendakwaan ke atas kes ini menentang rakan politik mereka, iaitu Ketua Menteri Sabah? Pihak-pihak berkuasa Switzerland telahpun memberikan kerjasama dalam penyiasatan ini, maka, bila lagi pihak berkuasa Malaysia berbuat demikian?




Jaringan maklumat:

Khamis, 27 September 2012

Skandal Forex | Bantahan kepada Bank Negara





Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b


(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 26 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan mata wang asing atau forex seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen Isnin lalu.

itu antara kandungan memorandum yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kepada BNM, hari ini.

“Secara rasmi kami serah memorandum ini kepada Gabenor BNM melalui Pengarah Strateginya menuntut BNM mendedahkan siapa yang mengarahkan Tan Sri Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang Malaysia,” kata Shamsul.

Baca selanjutnya ...Di Sini [klik]


Jaringan maklumat:

Rabu, 26 September 2012

Soros | Berapa banyak Mahathir dapat?

Rabu, 19 September 2012

Percaya atau tidak, harta Taib bernilai RM45b



Apabila Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud memberitahu penduduk rumah panjang di Sungai Aup, Sibu, pada tahun 2010 bahawa dia mempunyai 'wang lebih daripada upayanya berbelanja', orang memahami bahawa dia adalah kaya. Tetapi berapa kaya, hanyalah tekaan saja.

[Terjemahan Google Translate]

PETALING JAYA: Terdahulu hari ini, NGO yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF), melemparkan cahaya apabila ia mengeluarkan laporan: Mafia Kayu Taib. Fakta dan Angka Orang politik Terdedah dari Sarawak, Malaysia.

Menurut laporan itu, Taib dan puak 20 ahli keluarga beliau secara bersama bernilai AS $ 21 bilion (RM64 bilion).

Taib sendiri bernilai AS $ 15 bilion (RM45 bilion) dan, menurut laporan itu, "adalah lelaki terkaya di Malaysia" ... kekayaannya telah diperolehi daripada "merampas negeri ini pada dekad three beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak".

Ia seterusnya menjelaskan mengapa Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh otot Taib lelaki tua keluar dari kerusinya politik dekad berusia.

Juga Tenggelam dalam kekayaan adalah adik-beradik yang lebih dikenali Taib Onn Mahmud, Tufail Mahmud, Raziah Mahmud dan Mahmud Bekir anak-anaknya, Sulaiman Rahman, Jamilah dan Hanifah. Juga dalam gelung elit ini adalah pertama sepupu Hamid Sepawi.

Kurang dikenali kepada orang ramai adalah 12 ahli puak lain Taib, juga "magnet perniagaan" bernilai berjuta-juta dalam dolar AS.

Mendedahkan butir-butir kewangan dalam laporan 45-muka yang dikeluarkan di Brussels bersempena dengan lawatan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri, Tan Sri Bernard Dompok, Kesatuan Eropah, BMF menyatakan bahawa "Kelly" Taib dan keluarganya mungkin mempunyai lebih "aset yang tersembunyi di daerah-daerah luar pesisir ", yang mungkin tidak bisa dikesan.

"Fakta dan angka keluarga Taib adalah semata-mata hujung aisberg sebagai aset keluarga ramai mungkin disembunyikan di luar negara atau di daerah pesisir di mana maklumat adalah hampir mustahil untuk mendapatkan."

Tetapi penyelidikan yang luas ke dalam perniagaan Taib di Malaysia dan di luar negara telah, bagaimanapun, menemui dimensi yang luas aset haram keluarga.

"Laporan ini bertujuan untuk membina tekanan antarabangsa terhadap keluarga Taib rasuah dan menyediakan badan penyiasat, wartawan, Sarawak dan pihak-pihak yang berminat dengan keterangan terperinci mengenai empayar kewangan Taib.

"Laporan itu juga bertujuan untuk menunjukkan kawalan kewangan dan politik bahawa Taib mempunyai lebih Sarawak dan menyediakan profil ketua menteri dan ahli keluarga beliau, kesemua mereka telah mendapat manfaat kewangan daripada kemusnahan hutan hujan Sarawak," katanya.

Laporan mendakwa bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai ketua menteri, menteri kewangan negeri, dan perancangan dan sumber menteri, untuk menjatuhkan ahli keluarga beliau dengan kayu dan konsesi minyak sawit, kontrak negeri dan pengarah dalam syarikat-syarikat yang terbesar di Sarawak.

Ia mencatatkan bahawa pada tahun 2009, kementerian tiga menguasai 49.6% daripada perbelanjaan mengurus negeri sebanyak RM1.19 bilion (AS% 391,000,000) dan 80% daripada perbelanjaan pembangunan negeri sebanyak RM3.08 bilion (AS $ 1010000000), dengan yang lain 10 menteri berkongsi selebihnya.

Limpahan kekayaan
Memperincikan senarai kekayaan Taib puak, kata laporan itu bahawa orang kedua terkaya di Malaysia adalah adik Onn Mahmud Taib, yang bernilai AS $ 2 bilion (RM6 bilion).

Juga berkongsi tag jutawan dengan nilai bersih AS% 1.5 bilion (RM4.5 bilion) dan AS $ 1 bilion (RM3 bilion) masing-masing telah tua anak Taib Mahmud Bekir dan sosialit Kanada berasaskan anak perempuan Jamilah Taib-Murray.

Kedua-dua anak-anaknya yang lain - "ghaib" Kota Samarahan MP, Sulaiman Rahman, bernilai AS $ 300 juta (RM900 juta) manakala anak perempuan Hanifah mempunyai AS $ 400 juta (RM1.2 bilion) kepada namanya.

Taib adik-beradik Onn Mahmud mempunyai nilai bersih yang didakwa AS $ 1.5 bilion (RM4.5 bilion) dan merupakan orang kedua terkaya di Malaysia, manakala Tufail saudara yang lain mempunyai AS $ 600 juta (RM1.8 bilion) dan kakak Raziah bernilai US $ 500 juta (RM1.5 bilion).

Adik-beradik lain yang dinyatakan dalam laporan itu adalah Arip Mahmud yang bernilai AS $ 100 juta (RM300 juta), Ibrahim Mahmud dan Ali Mahmud pada AS $ 20 juta (RM60 juta) setiap satu. Ferdahanum kakaknya dan Zaleha bernilai AS $ 10 juta (RM30 juta) setiap satu manakala bernilai bersih lagi kakak Aishah Zainab tidak diketahui.

Juga disebut dalam laporan itu adalah sepupu Taib Hamid Sepawi yang dibuat senarai Forbes Asia 2012. Hamid, yang merupakan pengasas Ta Ann Group, sebuah konglomerat kayu, bernilai AS $ 175 juta (RM535 juta), menurut senarai.

Seterusnya dalam talian adalah dalam undang-undang Taib.
Suami Jamilah anak perempuannya, Sean Murray, bernilai AS $ 10 juta (RM30 juta) manakala Hanifah pasangan Syed Ahmad menikmati AS $ 20 juta (RM60 juta) dalam aset.

Daripada saudaranya dalam undang-undang, Robert Geneid (pasangan Raziah) mempunyai AS $ 10 juta (RM30 juta) dan manusia Ferdahanum Abdul Aziz Husain mempunyai AS $ 20 juta (RM60 juta).

'Jari' Taib dalam 400 syarikat
Satu lagi pemain utama yang dinyatakan dalam laporan ini adalah Richard Alexander John Curtis. Nilai bersih beliau adalah AS $ 20 juta (RM60 juta).

Curtis, seorang peguam British, adalah seorang tokoh utama dalam empayar perniagaan keluarga Taib melalui peranan beliau sebagai pengarah urusan kumpulan Taib keluarga dikawal CMS dan pengarah penyedia perkhidmatan kewangan K & N Kenanga Holdings.

Senarai nama, bagaimanapun, tidak menyeluruh.
Penyelidikan meluas BMF, bagaimanapun, "adalah hanya hujung aisberg".

"Penemuan terdedah bahawa Taib dan keluarga beliau yang mempunyai kepentingan dalam lebih daripada 400 syarikat di seluruh dunia dan memegang aset haram bernilai beberapa bilion dolar Amerika.

"Keluarga Taib adalah salah satu daripada puak-puak yang paling terkenal di Asia Tenggara kleptocratic dengan kepentingan perniagaan di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

"[Sarawak], Taibs telah ditubuhkan monopoli ke atas pemberian balak dan konsesi perladangan, eksport kayu ke negara-negara ketiga, penyenggaraan jalan awam serta ke atas pengeluaran dan penjualan simen dan beberapa bahan-bahan pembinaan lain "

Ia adalah satu fakta yang terkenal di Sarawak bahawa perdana syarikat keluarga Taib CMS telah mendapat manfaat daripada kontrak un-ditender bernilai beratus-ratus juta dolar AS.

"[Dalam Sarawak], yang keluarga Taib berjalan satu empayar dipelbagaikan kewangan dengan kepentingan dalam kayu terbesar di Sarawak dan pembalakan syarikat [Ta Ann, Samling, WTK, Sanyan], kawalan monopoli eksport kayu balak [Achi Jaya Pengangkutan], perladangan [Sarawak Perladangan], pembinaan [CMS, Naim Holdings, Titanium Pengurusan], bekalan elektrik [Sarawak Cable, Sarawak Energy], pembangunan hartanah [Custodev, Kumpulan Parabena] negeri media dan [Kucing FM, New Sarawak Tribune], untuk menamakan beberapa, " laporan itu menyatakan. +

Free Malaysia Today | September 19,


Jaringan maklumat:

Isnin, 6 Jun 2011

Pembaziran negara rezeki kroni | isyu TNB & subsidi gelora lagi

Subsidi: Najib mesti jawab pendedahan Ani Arope


KUALA LUMPUR, 6 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope (gambar) bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Katanya, EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer –IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16 sen/kWh.

Tambahnya, Ani dalam pada itu, turut menggelar EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ dengan menaikkan tarif elektrik sewenangnya, menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

“Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sehingga akhir tahun 2010 ... baca selanjutnya ...


Jaringan maklumat:

Pendidikan | Tak ada shortcut


PAS mahu PTPTN ditukar kepada biasiswa

Saturday, June 04 @ 04:17:54 CDT
Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan tabung perdidikan tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.

Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan tabung perdidikan tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.

“Saya menyokong penuh cadangan menghapuskan PTPTN dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman ini telah menyebabkan ramai antara kita terhimpit dengan hutang,” kata Wakil Pemuda PAS Kamal Ashaari.

Baca lagi seterusnya ...

Orang-orang muda dan anak-anak boleh dimaafkan jika mereka kurang peka kepada 2 perkara asas - kesihatan dan pendidikan. Ciri-ciri tamak dalam urusan ekonomi sedunia menambahkan lagi kepada masaalah kita, selain daripada pentadbiran politik dan negara yang mengabaikan pengurusan baik, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Di negara-negara maju, "economically affluent", asas masyarakat am tersedia dengan optimimum hingga pendidikan masyarakat am (community education), walaupun menyabit kesihatan, tersebar luar atas kebebasan akhbar dan media...satu keadaan yang jauh berbeza daripada Malaysia yang telah menjadi negara Polis. Polis sebok dengan orang politik manakala jenayah dan salahguna dadah merebak. Dadah dalam jagaan Polis sebabyak RM1 million tak disiasat hingga sekarang.

Pembaziran melalui rasuah, (Kastam sebanyak RM25 billion setahun, Wang haram keluar sebanyak RM888 billion dan terbongkar semula subsidi IPP, tidak kurang daripada RM20 billion setahun), nescaya telah boleh menegakkan masyarakat Malaysia lebih baik lagi, hingga betul-betul "innovatif" bukan hanya membazir seperti Jom Heboh yang hanya menguntungkan sekumpulan saja.

Selain hutang PTPN yang menimpa anak-anak muda kita dan masyarakat am, hutang isi keluarga telah melonjak lebih daripada 50% daripada pendapatan secara am. Kalau kita membayangkan dalam fikiran:

1.hutang PTPN;
2.hutang kereta, bila dapat kerja, kalau dapat
3.hutang kahwin, wang hantaran
4.hutang rumah
5.hutang kad kredit

...dan ini bila umur meningkat berulang kepada anak, manakala ada kemungkinan hutang-hutang lama tak terbayar lagi !

Innovasi bukan menjual telephone di Jom Heboh. Innovasi adalah membawa makna kepada hidup dengan nilai-nilai yang membina untuk ... menebus kehormatan manusia ...bebas memilih, meneroka dan berbahagia di dunia ...dan sehendaknya di akhirat!

Semua alat, "tools", untuk mengorak ini ada sedia dalam hidup sekarang. Yang menjadi halangan adalan Kerajaan yang rasuah sekarang.


Jaringan maklumat:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...