Home

Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Khamis, 4 Oktober 2012

Al Qur'an | Cara melupus naskhah lama, koyak dsb




Sebahagian daripada Al-Alaq - Sura ke96 Quran di antara ayat-ayat awal diterima Nabi Muhammad.

Mufti Pahang: Lupus al-Quran dengan membakar

Bernama | 3:45PM Okt 4 2012

Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman menasihatkan umat Islam di negara ini agar menggunakan perkhidmatan pusat pelupusan al-Quran yang diiktiraf pihak berkuasa bagi melupuskan kitab suci itu.

Beliau berkata ini bagi memastikan proses pelupusan dilaksana mengikut syariat Islam.

Kaedah terbaik pelupusan ialah menerusi pembakaran dan usaha pelupusan melalui kaedah pembakaran ini sudah dimulakan sejak zaman Saidina Uthman lagi dan diteruskan sehingga kini, katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Beliau sebelum itu melaksanakan proses melupuskan abu al-Quran seberat tiga tan yang dibuang kira-kira tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tajung Gelang dekat Kuantan.

Abu terbabit dibawa ke lokasi pelupusan oleh kapal TLDM KD Pahang dan program itu merupakan yang pertama di negeri ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata proses pelupusan perlu dilakukan sebaik mungkin bagi menjaga kesucian al-Quran.

"Abu al-Quran yang dilupuskan hari ini membabitkan sejumlah teks serta kitab lama yang sudah rosak serta mempunyai kesilapan percetakan dan tidak boleh dibaca yang kemudian dikumpulkan dari seluruh negara oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Beliau berkata proses pembakaran dilakukan oleh pihak Percetakan Soufi di Cheras, Selangor.

Ditanya sama ada perlu diwujudkan satu tapak pembakaran khusus untuk al-Quran di negeri ini, beliau berkata perkara berkenaan boleh dipertimbang.

"Tidak dinafikan proses pelupusan ini memerlukan belanja yang besar namun sekiranya bersesuaian kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan satu di negeri ini.

"Namun sekiranya pihak Percetakan Soufi masih mampu menampung keperluan pelupusan, lebih elok serahkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran," katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.- Bernama




Jaringan maklumat:

Ahad, 31 Julai 2011

JAKIM dan maruah Islam



Pengesahan Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Penolong, Bahagian Hub Halal, JAKIM



Tatkala menghadapi Ramadan dan Aidil Fitri saudari dan saudara kita telah rioh di Kuching dengan berita angin mengenai mentega "Golden Churn". Mentega ini telah lama di pasaran Sarawak, mahupun di Semenanjung sejak awal tahun 50'an. Ia di gemari sebab mutu dan rasanya. Bertahan begitu lama product makanan ini telah menghadapi banyak cabaran. Tidak ketinggalan cabaran agama dan mutu pembuatannya yang sekarang diragui.

Dalam bulan Mei, 2011, Jabatan Agama Islam Johor (JAKIM) telah mengeluarkan memo menyatakan mentega ini tidak halal berasaskan penilaian yang tidak tepat selepas ditentukan bahawa pencemaran oleh DNA porcine (babi) adalah khusus dan khas dalam satu tempat saja. Tetapi memo itu menyeluruh ke atas semua product "Golden Churn".

Usulan kesilapan ini diterangkan oleh Hakimah Mohd YusOff, Ketua Penolong, Bahagian Hub Halal, JAKIM, yang keputusan JAKIM Johor tidak tepat dan tidak betul bagi "seluruh Malaysia".

Semetara waktu, di Kuching masih lagi berita angin menyatakan JAKIS,(Sarawak) telah juga mengeluarkan pengesahan "Golden Churn" tidak halal tetapi kenyataan rasmi belum diperlihatkan kepada semua khalayak ramai kaum Muslimin.

Hemmat Hasrallah, seorang Muslim dan juga Pengurus Besar, Ballantyne Food Australia, menegaskan syarikatnya akur bukan saja kepada mutu tinggi keluaran product makanan mereka berasas tahap kualiti yang tinggi tetapi juga akur kepada kehendak merata kegamaan pengguna Islam.

Yang menjadi isyu sekarang adalah maruah JAKIM akibat pegawai-pegawai mereka yang jelas membuat keputusan yang boleh menimbul keraguan dan prestasi JAKIM sendiri. Tidak ketinggalan juga maruah negara dan agama yang patut mereka jaga.

Selain itu, membeli barangan terserah kepada kebijaksanaan pembeli. Apabila banyak nyawa terancam oleh product-product yang mutu tidak dijelaskan rakyat Malaysia akan terfikir tentang keupayaan institusi-institusi yang ada dan keupayaan mereka dalam tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Akhirnya soal asas yang timbul adalah - "Adakah institusi-institusi yang ada pada Malaysia berupaya melingungi rakyat memandang kepada pengalaman tentang rasuah dan salahlaku dalam berbagai bidang?"

Kalau tidak apa rakyat harus buat?





Sijil-sijil Halal yang telah diperolehi pembuat "Golden Churn"


Jaringan maklumat:

Khamis, 30 Jun 2011

Pendidikan | Sepintas sejarah pendidikan Islam di Sarawak


Sila pilih butang (+ )atau (- )di bawah untuk keselesaan membaca. Atau muaturunkan terus.





Jaringan maklumat:

Selasa, 21 Jun 2011

Kritikan | tegurkan Orang Islam, bukan ajarannya

Kritik orang Islam, bukan ajaran Islam

| Zunar | Monday, June 20 @ 21:35:53 CDT | freemalaysiakini.com |


Saya merujuk sebuah artikel yang disiarkan Utusan Online dan juga disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia edisi cetak 5 Jun lepas yang menyentuh kartun karya saya.

Artikel bertajuk "Penghinaan Kartunis" itu ditulis oleh seorang bernama "Malim".

Dalam artikel itu, kartun-kartun saya dituduh sebagai "menghina dan fitnah orang Islam lain".

Artikel ini terbit selepas tercetusnya kontroversi sebuah kartun yang disiarkan oleh akhbar Utusan sendiri.

Turut disiarkan ialah dua karya saya:
  1. Kritikan terhadap ulama yang tidak mengikut ajaran Islam.
  2. Kritikan saya terhadap orang Islam yang mempersenda Al-Quran dengan menjunjung kitab suci itu dan bersumpah bagi membuktikan tuduhan jenayah sedangkan perbuatan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Ingin saya tekankan di sini:
  1. Saya mempunyai pendirian yang jelas dalam soal ini; mesej dalam sesebuah lukisan kartun bebas mengritik orang Islam, tetapi tidak wajar mengkritik atau mempertikai ajaran Islam.
  2. Ajaran Islam, termasuk kitab-kitab suci serta Nabi Muhammad yang menjadi pembawa. Konsep ini juga terpakai untuk semua agama di dunia ini.
  3. Kedua-dua kartun saya yang disiarkan oleh Utusan itu jelas mengkritik perlakuan orang Islam dan bukannya ajaran Islam itu sendiri.
  4. Sungguh dangkal, Utusan melalui artikel ini tidak dapat membezakan antara mengkritik orang Islam dan mengritik ajaran Islam.
  5. Utusan boleh siar dan kritik sebanyak mana pun kartun-kartun saya, tetapi saya tetap bertanggungjawab dan sedia mempertahankan kartun-kartun saya.
  6. Saya sarankan Utusan untuk bertanggngjawab terhadap kartun mereka yang mempertikai ajaran Islam yang kini dikritik oleh masyarakat Islam termasuk oleh PAS.
  7. Dan saya rasa adalah satu perbuatan terhormat bagi Utusan atau kartunis berkenaan untuk meminta maaf sekiranya terlanjur.


Jaringan maklumat:

Rabu, 13 April 2011

Aqidah dan realiti hidup moden di Sarawak


Anggapan dan fahaman tentang kesejahteraan, kemakmuran dan kedamaian bagi kita di alam nyata sehendaknya relatif. Persabitan atau relatif ini kalau nak dikenang zaman Koteng, seolah-olah mencampakkan kita dari syurga ke dunia. Di dunia cuaca selalu berubah. Di Syurga semesti sejahtera dan bila tiba masanya ke sanalah kita. Tentulah ada sikit masa menunggu sebelum terusnya. Kepada seorang Muslim Syurga itu pasti dan begitu juga Neraka. Ini sebahagian daripada Aqidah. Bahagian yang mendalam dan lebih luas biar dipelajari dari bacaan yang lebih serius atau berguru.

Pabila kita tercampak keluar daripada zaman Koteng ke bulan April, 2011 berberapa perkara boleh berlaku dan suasana dan cabaran yang memerlukan perhatian kita pasti zaman lebar bezanya. Syukurlah kita tak perlu kejutan yang terlalu dahsyat. Dahsyat sebab, bayangkan terkejutnya anak buah Koteng jika dia membaca artikel dalam Internet sekarang yang mungkin mengatakan nasihat Koteng adalah dongeng dan tahyul !!!

Sebagai seorang "preman" (lawannya orang perabangan, mewah dan orang kerajaan dalam fahaman orang Sarawak dua tiga dekad lalu) kata orang kampung cerita lama, kita akan kena "Ces!" oleh senior-senior kita. Sebab apa? Kerana biadap, tak berbudaya dan pandai-pandai. Dalam lain perkataan, tak ada mulianya kamu! Kalau kamu bukan orang-orang "dalaman" tadi. Kamu orang "preman" dan pergilah ke sudut kamu di situ. Biarkan kami bertanggungjawab dan menyelesaikan kesemuanya. Sekarang bulan April dah tiba, buanglah undi untuk kami dan kesemuanya akan sejahtera, makmur dan aman damai. Kalau tidak, timbul "perdarahan" di kalangan masyarakat kerana orang menyoal-soal tak percaya dengan Sheikh ini dan Imam itu. Nanti orang "kafir" berkuasa dan kita semua hilang Aqidah!

"Commonlah..." mungkin sangkal orang-orang muda sekarang! Ini akan disangkal balik dengan memanggil kadam-kadam berbaju hitam yang akan memerlukan "permit" bukan untuk kamu berceramah dan memahami masaalah nyata kerana telah tercampak keluar daripada zaman koteng tapi kamu "bahaya". Tetapi, kamu tak boleh berfikir! Itu bukan hak kamu!


Tokoh Islam Sarawak lampau, Almarhum Datuk Abdul Kadir Hassan dalam sedikit sejarah hidupnya bertulis dijumpa, seorang agama dan pendidik masyarakat yang selain dari kerja asas dalam agama juga seorang ahli politik. Yang kena pada tempatnya diimbas kembali adalah ibadah beliau mengajar di kalangan masyarakat Kuching dan Sarawak, yang berlatarbelakangkan "The Golden Age of Koteng Keramat" agar para Muslimin tidak terkongkong dengan "karut" saperti "ancak" dan lain yang dipuja untuk sembuh daripada "chicken pox" dan berpegang kepada rationalisme spiritual Aqidah yang juga membina kebebasan minda dari kuasa manusia yang karut. Membina kekuatan supaya keluar daripada kongkongan dan percaya kepada rasionalisme dan upaya sendiri. Dalam lain perkataan memuliakan diri dan amnya manusia. Ini bermakna beralih dan berubah daripada keadaan beku dan kejam hina kepada keinsafan yang membawa kemuliaan.

Simpulnya ...berubah ke arah kejayaan!


Jaringan maklumat:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...