Home

Ahad, 10 April 2011

Jambatan Pending | Bekas tangan Daud Abdul Rahman

[Atas] Gambar satelit lokasi Jambatan Pending [ Lokasi 1° 32' 48" N, 110° 23' 21" E


Gambar-Gambar kerosakan dan KERJA pembaikan bertarikh 31 March 2011


Jambatan Pending menyambung Kawasan Industri Ringan Tabuan dengan Jalan Setia Raja yang menghala ke Pelabuhan Sim Kheng Hong di mana semua hasil diekspot keluar negeri. Ia memendekkan perjalanan yang kalau tiada jambatan harus melalui kawasan perumahan Tabuan Jaya dan seterusnya menemui arus lalulintas yang sesak di Jalan Tun Razak untuk terus ke Pelabuhan Sim Kheng Hong.

Selain itu, dari Pelabuhan, kargo juga boleh dihantar terus ke Stampin dan Lebuhraya ke Serian dan Sibu, tanpa melalui kesesakan lalulintas.

Fungsi Jambatan Pending penting bagi ekonomi dan hidup harian. Jambatan ini telah dirancang agaknya dalam tahun 60'an dan hanya dibina dalam hujung tahun 70'an atau awal 80'an oleh Jabatan Kerja Raya, Sarawak. Pokoknya ini adalah sebahagian daripada usaha pembangunan dan pelaksanaan rancangan Pembangunan Kerajaan Malaysia.

Jambatan ini dipercaya direka oleh perunding Malaysia Associates, sebuah firma perunding kejuruteraan yang pada ketika itu milik dua orang bumiputera Daud Abdul Rahman dan Abdul Hadi.

Pada mulanya selepas siap jambatan ini bermasaalah sebab semasa itu ianya tidak dibuka kepada lalulintas untuk kenderaan berat yang membawa muatan atau kargo dari Pelabuhan Sim Kheng Hong. Kononnya ada kerja pembaikan yang telah dibuat dan selepas itu dibuka kepada lalulintas am. Sekarang akhir-akhir ini jambatan itu telah lagi melalui masaalah dan sekarang sedang dibaiki. Jika ini berterusan, nampaknya terganggu teruk kegiatan ekonomi dan pembangunan disebabkan masaalah.


View Larger Map
[ Sekitar kawasan bawah naungan khidmat Jambatan Pending ]


Adalah dijangka masaalah jambatan ini disebabkan cacat rekabentuk dan tidak menepati standard kejuruteraan yang mesti memenuhi tujuan asalnya untuk lalulintas muatan/kargo dan trafik am.

Di kalangan kumpulan pereka dan perunding kejuruteraan sewaktu lingkungan akhir tahun 70'an dan awal 80'an pernah timbul kritikan hebat yang, kalau difikirkan kesannya sekarang, amat tepat pada tempatnya. Tetapi, tiada berita keluar tentang tanggungan perunding Malaysia Associates. Di kalangan jurutera-jurutera di Kuching heboh dengan berita bahwa Daud Abdul Rahman kemudian dibantu oleh Michael Parker dan Abang Johari dan syarikatnya tiada tanggungan apa-apa atas kecuaian profesyunal dan kerosakan mahu pun kemusnhan hingga hari ini. Malah Daud Abdul Rahman terus menjadi ahli politik PBB dan sekarang ahli Kabinet KM Taib Mahmud.

Kesudahanya, pada rakyat dan orang awam, nampak orang-orang yang pada hakikatnya tiada maruah dilindung dan hadiahkan lagi dengan kuasa politik dan kontrak-kontrak lumyan. Daud Abdul Rahman tidak layak dan bermaruah untuk mewakili penduduk N 6 Tupong dan tidak patut dikekal sebagai wakil rakyat.

Pengundi-pengundi di Tupong berhak tahu siapa sebenarnya wakil rakyat mereka!




Tontoni kesemua gambar-gambar Jambatan Pending dalam slide berikut:








3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FAQ PILIHAN RAYA SARAWAK

Soalan:Apakah hukum mengundi?
Jawapan:Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.

Soalan:Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jawapan:Bergantung kepada situasi dan keadaan,ia boleh menjadi fardhu ‘ain ataupun wajib sekiranya untuk mempertahankan kepimpinan Islam seperti di Sarawak sekarang ini yang berasaskan kepada konsep perkongsian kuasa yang tidak menyalahi syariat Islam.

Soalan:Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Jawapan:Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan bersandarkan unsur-unsur fitnah dan tohmhan semata-mata. Perlu juga dipertimbangkan terhadap jasa, perjuangan, perngorbanan yang telah dilaksanakan oleh seseorang calon itu terhadap pembangunan Sarawak.

Soalan:Sekiranya terdapat beberapa orang calon muslim yang bertanding di sesuatu kawasan,di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah kaedah Islam untuk menentukan calon yang layak menjadi pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Jawapan:Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat, dan ukurlah juga sejauh mana sumbangan calon-calon tersebut terhadap pembangunan ummah.
Berdasarkan realiti dan situasi politik di Sarawak dengan berpandukan perkongsian kuasa yang telah terbukti kejayaannya, maka pilihlah Parti yang kurang mendatangkan kemudharatan kepada umat Islam. Dan hindarilah mengundi calon parti mereka yang akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar terhadap pembangunan ummah dan memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk,khususnya di Sarawak.

Soalan:Sekiranya terdapat di kawasan kita calon-calon non muslim yang bertanding. Bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?
Jawapan:Pilihlah calon non muslim yang lebih prihatin,bertanggungjawab dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam sebagaimana yang telah terbukti dalam memimpin negeri Sarawak selama ini yang berasaskan kepada perkongsian kuasa dan saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum dan kepercayaan.

Soalan:Apakah kewajipan wakil rakyat(YB) muslim terhadap rakyat yang pelbagai agama dan kaum yang terletak di kawasan yang dimenanginya?
Jawapan:Islam menuntut agar keadilan dilaksanakan untuk semua tanpa pilih kasih, hatta terhadap mereka yang tidak menyokong(tidak mengundinya) sewaktu pilihan raya.Wujudkan keharmonian, saling hormat-menghormati dan maafkan semua orang yang menentang

Soalan:Apa hukumnya menyebarkan fitnah terhadap seseorang calon bagi mempengaruhi pengundi atau memperdayakan mereka yang tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya.
Jawapan:Haram dan berdosa besar!

Bersambung.....

Tanpa Nama berkata...

Sambungan....

Soalan:Adakah halal elaun@gaji seseorang wakil rakyat(YB) yang memenangi sesuatu pilihanraya disebabkannya melakukan penipuan dan menyebarkan fitnah terhadap lawannya?
Jawapan:Haram! Beliau adalah seorang yang fasiq dan tidak layak menjadi pemimpin.

Soalan:Adakah wajib seseorang calon itu menunaikan janji-janjinya semasa berkempen seandainya dia ditakdirkan sebagai pemenang?
Jawapan:Wajip ditunaikan jika dia memenangi pilihan raya tersebut, walaupun parti yang diwakilinya tidak menjadi pemerintah di negeri itu.Jika tidak ditunaikan maka beliau dikhuatiri menjadi munafik.(sesungguhnya orang-orang munafik itu dibuntut neraka jahanam).

Soalan:Apakah hukumnya mengingkari pemerintah?
Jawapan: “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari,
“Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Soalan:Dalam kontek Negeri Sarawak, jumlah umat Islam sekitar 25%(tidak ada mana-mana kaum boleh disifatkan sebagai majority:Iban;36%,Cina:32%).Apakah hukumnya individu atau parti yang memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Sarawak yang sangat sedikit itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Sarawak?

Jawapan:Haram, kerana jamaah dan ukhuwah Islamiah mengatasi segala kepentingan parti atau individu terutama sekali di kalangan umat Islam Sarawak yang begitu sedikit. Dan seandainya ditakdirkan umat Islam kehilangan kekuatan dan kuasa memerintah, maka mereka yang terlibat dan bersubahat mengkhianati kepimpinan Islam itu bukan sahaja haram malah berdosa besar!.

Semoga FAQ Pilihan Raya ini ada manfaatnya bagi mereka yang mahu berfikir untuk masa depan rakyat Sarawak.

UMAT ISLAM SARAWAK,RENUNG-RENUNGKANLAH!
JANGAN KERANA SEEKOR DUA NYAMUK YANG MENGHISAP DARAH SEMUA KELAMBU DIBAKAR....!!!!
YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....!!!

DR MUZZAKIR

Pentadbir Blog Koteng Keramat berkata...

Terima kasih Tanpa Nama 11 April 2011 4:21 PM,

Saya ingin menumpu bicara khusus kepada dua soalan yang ditimbulkan:


1.Apakah hukumnya mengingkari pemerintah?

2.Apakah hukumnya individu atau parti yang memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Sarawak yang sangat sedikit itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Sarawak?


Jawapan dan bicara:

Kandungan atau asas ditimbulkan berkecimpung dengan fahaman tak tepat dan fahaman salah atau keterlaluan selain dari ketinggalan zaman.

Isyu dalam soal ingkar tidak tepat kepada keadaan semasa jika bersabit "memelihara darah". Dari segi "celik" ianya timbul dari fahaman kesetiaan melulu tanpa kesedaran. Dalam kata lain, asas jawapan itu bertelingkah dengan zaman atau sengaja membangkitkan fahaman keterlaluan - menakut-nakutkan orang tanpa asas dan sebab yg bertanggungjawab.

Soal kedua mengenai orang Islam hilang kuasa memerintah tidak timbul. Dari segi universalis, asas segala kelakuan baik adalah kemurniaan. Semua manusia insan ciptaan Tuhan. Jangan selisih faham dan bersikap kuno sebab kalau seseorang itu bukan Islam, ianya juga insan ciptaan Tuhan dan hamba Allah. Menyingkir mereka seoalah-olah menimbulkan fahaman kuno. Seolah-olah mengaku orang yg bukan Islam ada "Tuhan" mereka sendiri. Ini bukan lojik jika asas falsafah Islam adalah monotheisma, iaitu keagungan Satu Tuhan. Jangan lupa cendikiawan Islam dulu-dulu bila mengaji bukan hanya mengaji kitab-kitab saja bahkan "lojik" adalah perkara asasi dikuasai oleh Iman Shafiee, Ibni Khaldun, Ibn Rushd dan lain-lain. Oleh itu fahaman hanya orang Muslim mesti "berkuasa walau apa pun" di mana bilangan mereka kecil tidak timbul. Bahkan itu sikap orang tak bertamaddun. Di Spanyol dulu orang Muslim yg sedikit berinteraksi dalam banyak perkara - ilmu (termasuk sains), budaya, tamaddun dan agama.

Kita perlu keluar dari kongkongan minda dan jiwa. Buka minda kepada kebenaran dan beredar dari keadaan zaman "Koteng" bilamana beliau sendiri mungkin mengambil kesempatan atas kedaifan dan salah faham masyarakat zamannya.

Dari segi zaman sekarang tidak jauhnya fahaman asas dulu atau sekarang dalam pengurusan baik (governance) yg berasas nila adil dan murni, kebertanggungjawaban (kerana etika dan salahlaku) dan ketelusan (benar dan bukan bohong dan angkuh)

Terima kasih banyak atas catitan Sdra Tanpa Nama.

Wa Allahu bikulli syai' in 'alim.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...