Home

Memaparkan catatan dengan label Budaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Budaya. Papar semua catatan

Selasa, 18 Disember 2012

Masa Depan Malaysia Cerah | jika pemindahan kuasa politik damai dan aman

Negara kita yang dahulu pernah mempelupuri ZOPFAN (Zon Damai dan Berkeculi) berpeluang berperanan besar di Timur, selain China dan Jepun. Tapi untuk itu, kita perlu pemerintahan dan kerajaan yang bertatacaraurus yang tinngi, penuh kebertanggungjawaban dan ketelusan yang tinggi juga. Samada tercatur oleh kuasa dunia atau tidak itulah peranan Malaysia dalam dunia dalam abad kedua millennium ini. Ini perkara serious dan penting dan bermakna sekali.

Perpindahan kuasa selepas PRU13 paling aman

KUALA LUMPUR 18 Dis 2012: PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.

"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily.

Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.

"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.

80 kerusi
Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 122 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.

"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.

"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.

Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan.

Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.

Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu. - Harakahdaily.net


Jaringan maklumat:

Khamis, 30 Jun 2011

Pendidikan | Sepintas sejarah pendidikan Islam di Sarawak


Sila pilih butang (+ )atau (- )di bawah untuk keselesaan membaca. Atau muaturunkan terus.





Jaringan maklumat:

Selasa, 21 Jun 2011

Kritikan | tegurkan Orang Islam, bukan ajarannya

Kritik orang Islam, bukan ajaran Islam

| Zunar | Monday, June 20 @ 21:35:53 CDT | freemalaysiakini.com |


Saya merujuk sebuah artikel yang disiarkan Utusan Online dan juga disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia edisi cetak 5 Jun lepas yang menyentuh kartun karya saya.

Artikel bertajuk "Penghinaan Kartunis" itu ditulis oleh seorang bernama "Malim".

Dalam artikel itu, kartun-kartun saya dituduh sebagai "menghina dan fitnah orang Islam lain".

Artikel ini terbit selepas tercetusnya kontroversi sebuah kartun yang disiarkan oleh akhbar Utusan sendiri.

Turut disiarkan ialah dua karya saya:
  1. Kritikan terhadap ulama yang tidak mengikut ajaran Islam.
  2. Kritikan saya terhadap orang Islam yang mempersenda Al-Quran dengan menjunjung kitab suci itu dan bersumpah bagi membuktikan tuduhan jenayah sedangkan perbuatan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Ingin saya tekankan di sini:
  1. Saya mempunyai pendirian yang jelas dalam soal ini; mesej dalam sesebuah lukisan kartun bebas mengritik orang Islam, tetapi tidak wajar mengkritik atau mempertikai ajaran Islam.
  2. Ajaran Islam, termasuk kitab-kitab suci serta Nabi Muhammad yang menjadi pembawa. Konsep ini juga terpakai untuk semua agama di dunia ini.
  3. Kedua-dua kartun saya yang disiarkan oleh Utusan itu jelas mengkritik perlakuan orang Islam dan bukannya ajaran Islam itu sendiri.
  4. Sungguh dangkal, Utusan melalui artikel ini tidak dapat membezakan antara mengkritik orang Islam dan mengritik ajaran Islam.
  5. Utusan boleh siar dan kritik sebanyak mana pun kartun-kartun saya, tetapi saya tetap bertanggungjawab dan sedia mempertahankan kartun-kartun saya.
  6. Saya sarankan Utusan untuk bertanggngjawab terhadap kartun mereka yang mempertikai ajaran Islam yang kini dikritik oleh masyarakat Islam termasuk oleh PAS.
  7. Dan saya rasa adalah satu perbuatan terhormat bagi Utusan atau kartunis berkenaan untuk meminta maaf sekiranya terlanjur.


Jaringan maklumat:

Selasa, 31 Mei 2011

P Ramlee | budaya pusaka negara


Bertambah majunya ekonomi negara dan masyarakat akan bertambahlah jenis harta yang boleh diusahakan, jenis harta yang nyata juga tetapi bukan sejenis barangan biasa sediakala. Ciptaan music, senikata lagu, persembahan musik, lawak jenaka,tarian dan persembahan drama adalah jenis usaha yang kreatif hasil ciptaan fikiran manusia. Ini hasil akal dan fikiran atau intelek dan ianya juga harta yang mempunyai nilai yang dilindungi di bawah undang-undang Hak Harta Intelektual.

Di antara warga Malaysia yang masyhur dari kegiatan ini adalah P.Ramlee yang beranika bakat: mencipta dan menulis lagu, menyanyi, berlakun, mengarah filem dan persembahan kesemuanya tadi. Kena dengan gelaran kita keatasnya sebagai Seniman Agung Negara - dan beliau adalah harta pusaka negara. Hasilan beliau bernilai seni dan ekonomi dalam atau luar negara bila ia dipersembahkan secara komersyal.

Di Sarawak masyarakat Dayak sangat aktif dan kreatif dalam seni musik dan nyanyian. Ini sangat disanjungi terutama sekali peminat atau bilangan orang Dayak ramai di Sarawak. Dengan persembahan dwibahasa Iban dan Bahasa Malaysia usaha mereka boleh menjangkau trans-kaum, Dayak dan Melayu. Artis-artis Melayu Sarawak lebih giat di kalangan peminat di Semenanjung Malaysia di mana jangkauan lebih luas atas bilangan penduduk banyak.

Pendidikan tinggi boleh meluaskan lagi bakat seni seseorang itu untuk matang dan maju. Namun jangkauan lebih meluas jika pendidikan lebih lanjut dan lebih meluas.

Bagi P.Ramlee bakat dan jiwa beliau telah mendalam dan dengan itu menjangkau jauh dengan hasil kreativitinya yang berjaya mencapai tahap kesenian zamannya. Di mana dia meluas dan mengembang dia menjangkau zaman kita dan mungkin berzaman-zaman lagi akan datang.

Untuk kesemua ini maju kita berharap dan berusaha agar negara berkembang maju supaya tiap ahli masyarakat kita yang bakatnya terbenam boleh dimuliakan menjadi seni budaya dan harta demi kebahagian jiwa dan hidup.

Dari keluhan Ramlee kita ingat setiap upaya walau sedikit pun agar "dapat membangkitan kesedaran insan" untuk bahagia. Nah! Itu pun Ramlee berjaya menjangkau hidup kita berdekad lepas dia pergi. Semestinya itulah seni dan budaya hidup.


Jaringan maklumat:

Sabtu, 14 Mei 2011

Orkid Abdullah | Dalam kenangan





Penyanyi 60-an dan 70-an Datin Orkid Abdullah, berasal dari Johor, telah meninggal dunia kelamarin 13 Mei, 2011.

Semoga beliau dicucuri rahmat Allah dan takziah kepada keluarga beliau.

Allahyarhammah bermula dengan muzik pop semasa menyanyi dengan Kumpulan "Les Coasters" tetapi beliau lebih terkenal dengan lagu-lagu gazalnya saperti "Penawar Rindu".

Nescaya dia dikenang menajadi sebahagian daripada pusaka budaya muzik kita.


Penawar Rindu disini dipersembahkan oleh Siti Nuhaliza







Jaringan maklumat:

Rabu, 13 April 2011

Aqidah dan realiti hidup moden di Sarawak


Anggapan dan fahaman tentang kesejahteraan, kemakmuran dan kedamaian bagi kita di alam nyata sehendaknya relatif. Persabitan atau relatif ini kalau nak dikenang zaman Koteng, seolah-olah mencampakkan kita dari syurga ke dunia. Di dunia cuaca selalu berubah. Di Syurga semesti sejahtera dan bila tiba masanya ke sanalah kita. Tentulah ada sikit masa menunggu sebelum terusnya. Kepada seorang Muslim Syurga itu pasti dan begitu juga Neraka. Ini sebahagian daripada Aqidah. Bahagian yang mendalam dan lebih luas biar dipelajari dari bacaan yang lebih serius atau berguru.

Pabila kita tercampak keluar daripada zaman Koteng ke bulan April, 2011 berberapa perkara boleh berlaku dan suasana dan cabaran yang memerlukan perhatian kita pasti zaman lebar bezanya. Syukurlah kita tak perlu kejutan yang terlalu dahsyat. Dahsyat sebab, bayangkan terkejutnya anak buah Koteng jika dia membaca artikel dalam Internet sekarang yang mungkin mengatakan nasihat Koteng adalah dongeng dan tahyul !!!

Sebagai seorang "preman" (lawannya orang perabangan, mewah dan orang kerajaan dalam fahaman orang Sarawak dua tiga dekad lalu) kata orang kampung cerita lama, kita akan kena "Ces!" oleh senior-senior kita. Sebab apa? Kerana biadap, tak berbudaya dan pandai-pandai. Dalam lain perkataan, tak ada mulianya kamu! Kalau kamu bukan orang-orang "dalaman" tadi. Kamu orang "preman" dan pergilah ke sudut kamu di situ. Biarkan kami bertanggungjawab dan menyelesaikan kesemuanya. Sekarang bulan April dah tiba, buanglah undi untuk kami dan kesemuanya akan sejahtera, makmur dan aman damai. Kalau tidak, timbul "perdarahan" di kalangan masyarakat kerana orang menyoal-soal tak percaya dengan Sheikh ini dan Imam itu. Nanti orang "kafir" berkuasa dan kita semua hilang Aqidah!

"Commonlah..." mungkin sangkal orang-orang muda sekarang! Ini akan disangkal balik dengan memanggil kadam-kadam berbaju hitam yang akan memerlukan "permit" bukan untuk kamu berceramah dan memahami masaalah nyata kerana telah tercampak keluar daripada zaman koteng tapi kamu "bahaya". Tetapi, kamu tak boleh berfikir! Itu bukan hak kamu!


Tokoh Islam Sarawak lampau, Almarhum Datuk Abdul Kadir Hassan dalam sedikit sejarah hidupnya bertulis dijumpa, seorang agama dan pendidik masyarakat yang selain dari kerja asas dalam agama juga seorang ahli politik. Yang kena pada tempatnya diimbas kembali adalah ibadah beliau mengajar di kalangan masyarakat Kuching dan Sarawak, yang berlatarbelakangkan "The Golden Age of Koteng Keramat" agar para Muslimin tidak terkongkong dengan "karut" saperti "ancak" dan lain yang dipuja untuk sembuh daripada "chicken pox" dan berpegang kepada rationalisme spiritual Aqidah yang juga membina kebebasan minda dari kuasa manusia yang karut. Membina kekuatan supaya keluar daripada kongkongan dan percaya kepada rasionalisme dan upaya sendiri. Dalam lain perkataan memuliakan diri dan amnya manusia. Ini bermakna beralih dan berubah daripada keadaan beku dan kejam hina kepada keinsafan yang membawa kemuliaan.

Simpulnya ...berubah ke arah kejayaan!


Jaringan maklumat:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...