Home

Memaparkan catatan dengan label Sejarah Tupong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Tupong. Papar semua catatan

Isnin, 11 April 2011

Siapa Koteng? | Tupong dan sejarahnya yang kabus




Dalam zaman internet ini, hidup bertambah luas dan minda manusia memekar. Kalau dulu satu hari kita naik bas atau jalan kaki ke perpustakaan, sekarang dengan dua tiga klik kita boleh memilik asas teguh untuk mengembang maklumat dan pengetahuan. Dan dengan ini juga timbullah peluang keemasan untuk berkongsi pendapat dan maklumat. Tidak penting kita se kata dan bersetuju tapi hanya berbeza pendapat pun jadi detik permulaan untuk mengembang minda.

Sejarah mengenai manusia bernama Koteng di Kampung Tupong kabus ditelam zaman.

Hingga awal tahun 60'an teringat ada orang-orang kampung pergi ke Tanjung Tupong memuja Koteng di perkuburannya agar sesuatu kehendak tercapai atau sakit sengal baik. Dalam suasana serba kekurangan dan kemiskinan orang Melayu di Tebing Utara melalui hidup dalam kedaifan. Literasi [celik baca ] atau kecekapan membaca sangat rendah dan buta huruf menakluk orang hampa dengan usaha menyelesai masaalah tertentu.


Tidak hairanlah Koteng menjadi pujaan. Memang dari segi agama ini salah. Tapi dalam keadaan yang serba kekurangan sekarang kita hanya cuba memahami dan bersimpati saja. Prejudis asasi dan kedaifan kepada orang-orang yang pintar walaupun tiada pengetahuan berkemungkinan mencetus keadaan bilamana si pintar mengambil kesempatan; lain orang pintar yang insaf mungkin bertindak dengan balasan yang berciri kemanusiaan walaupun dengan keadaan dan suasana kekurangan.

Dari segi ini, saya ingin menerima kemungkinan Koteng betul-betul "keramat". Jadi tujuan saya adalah untuk menerima pendapat-pendapat lain dan jika pembaca sudi memberi apa-apa fikiran, silalah jangan keberatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...