Home

Memaparkan catatan dengan label keadilan sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keadilan sosial. Papar semua catatan

Rabu, 9 Januari 2013

Wang RM207| Akhirnya sudah?



Jangan khianati wang pampasan 'landasan maut'

KUALA LUMPUR 09 Jan 2013 | Wang pampasan buruh paksa Landasan Kereta Api Maut Jepun yang digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada mangsa buruh paksa ataupun waris mereka.

"Sewajarnya wang itu untuk mangsa. Bayangkan ada di kalangan mereka yang hilang kerana dipaksa membina, tidak kurang juga mati ketika itu.

"Bagaimana kerajaan boleh menggunakan wang darah tersebut untuk membina MISC?" soal beliau pada satu sidang media khas, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Tambah beliau, tindakan itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak mempunyai sikap kemanusiaan dan peka terhadap mangsa buruh paksa tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang pernah dilaporkan Utusan Malaysia, bertarikh 11 Mei 2007 yang menyatakan wang tersebut digunakan untuk penubuhan MISC.

Shabery, ketika itu yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, dilaporkan berkata kes itu dianggap selesai.

Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.

Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang darah kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan MISC.

Sebelum ini, isu berkaitan pampasan ini pernah dibangkitkan Nizar ketika perbahasan belanjawan 2013, hujung tahun lalu.

Beliau ketika itu meminta Menteri Kewangan menjelaskan status kedudukan wang tersebut yang dikatakan sudah dibayar kerajaan Jepun kepada Malaysia, namun mangsa ataupun waris masih tidak menerima wang tersebut. + Anis Nazri, Harakahdaily




Jaringan maklumat:

Isnin, 7 Januari 2013

RM207 billion | Siapa tahu?



Berikut ialah senarai Menteri Kewangan Malaysia, dulu dan sekarang:

1957-1959: # Henry Lee Hau Shik
1959-1969: # Tan Siew Sin
1969-1970: # Tun Abdul Razak
1970-1974: # Tan Siew Sin
1974-1976: # Hussein Onn
1976-1984: Tengku Razaleigh Hamzah
1984-1991: Daim Zainuddin
1991-1998: Anwar Ibrahim
1998-1999: Mahathir Mohamad
1999-2001: Daim Zainuddin
2001-2003: Mahathir Mohamad
2003-2008: Abdullah Ahmad Badawi
2008-present: Najib Razak

# Telah meninggal dunia

Yang mana di antara mereka tahu? Kesemuanya, yang masih hidup, tahu?


Jaringan maklumat:

Ahad, 6 Januari 2013

RM207b, Nizar jumpa Duta Jepun

Khamis, 8 November 2012

Kebebasan | Tertakluk kepada maksud & ma'ana






Jaringan maklumat:

Isnin, 5 November 2012

DAP Bela Islam | kesuburan pembudayaan sosio-politik sehat




03 November 2012, Taman Seremban Jaya, Seremban Negeri Sembilan.


Perkembangan sosial, politik dan agama rakyat Malaysia semakin maju ke depan walau pun hanya dikit-sedikit tetapi tetap berkembang baik. Dengan tibanya Pilihanraya Awam 13 nampaknya kedua-dua parti BN dan PR semakin giat. BN dengan bertahan kerana meletup sana sini skandal dan rasuah.

Tidak ketinggalan juga keterlaluan mereka hingga rakan BN, Chua Soi Lek, Presiden MCA dalam rancaknya mempertahankan rakannya UMNO terlanjur laku, dan dipercaya khalayak ramai sebagai menghina Islam akibat kontroversi Hudud.

Debat dan perbincangan semakin rancak dan perkembangan terkini sangat menggalakkan.

Rakan PR, DAP, telah menonjol dan terbuka mengisytiharkan mereka, iaitu DAP akan mempertahankan Islam jika dihina oleh sesiapa pun. Begitu juga terhadap mana-mana agama yang diancam.

Ini perkembangan menarik atas nama keadilan dan kemanusiaan. Kepada orang Islam biarlah jelas dan terang bahawa di Malaysia, ketidakadilan, salahlaku dan rasuah telah terlalu lama berleluasa. Hingga sekarang ketakutan mereka telah sengaja atau tidak mendorong rakan BN mengucap kata yang berbau penghinaan agama, semata-mata mempertahankan kepentingan politik yang serong.

Biar jelas kepada semua bahawa pada pokoknya pilihanraya dan politik adalah soal kemanusiaan dan keadilan serta kesaksamaan. Jika dianiaya, nilai baik akan terabai - rakyat terabai, soal manusia.

Ini bukan soal pertelingkahan dan perperangan agama. Ahli politik yang buruk akan menakut-nakutkan orangramai bahawa agama mereka terancam ...semuanya pembohongan dan kepalsuan. Di sebaliknya adalah salahlaku dan rasuah yang cuba dirahsiakan.

Biarlah jelas kepada semua khalayak ramai bahawa ini soal kemanusiaan dan keadilan. Tetapi dalam kesesakan pihak BN telah menyeleweng kepada penghinaan agama dan tujuan murni dengan berdusta.

Jika pihak bukan Islam macam DAP rela mempertahankan Islam dan nilai baik, demi kemanusian siapa yang sebenarnya berdusta selama ini dengan menakut-nakutkan rakyat secara bohong dan keji?

Marilah kita ambil berat dan insaf kepada semua ini. Agama lain dengan nilai baik mereka ada nilai kemanusian. Islam dan nilai-nilah agungnya melingkungi kemanusiaan di antara lain yang mulia, iaitu nilai murni daripada Allah. Jika cahaya murni terang di sanubari jalan yang terbuka akan menarik semua kepada Allah Yang TerAgung.

Mudah-mudahan makin jelas kepada semua kita bahawa mana-mana agama dan bangsa dengan pembudayaan ini tidak perlu was-was dan ketakutan di antara satu sama lain ...dan kebajikan rakyat adalah kepentingan semua. Dengan pengurusan dan pentadbiran baik dan kerajaan yang prihatin, kerajaan rakyat, dalam gagasan Pakatan Rakyat yang akan mengorak langkah-langakah dalam antara lain program dan usaha rancangan pendidikan dan kesihatan, selain pertumbuhan ekonomi dengan giat dan rancak lagi dengan hemat dan keadilan.

"...Semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Seorang Arab tidak lebih daripada bukan Arab dan seorang bukan Arab tidak melehihi seorang Arab. Juga seorang putih tiada kelebihan daripada yang hitam melainkan dengan takwa dan amalan salih. Ketahuilah seorang Muslim adalah saudara kepada tiap-tiap yang lain dan semua Musliman adalah satu ummah. Harta seorang Muslim tidak sah jika ianya tidak diperolehi secara adil dan saksama. Oleh itu janganlah kamu berlaku tidak adil di antara kamu sendiri atau mana-mana pihak dan kaum yang lain..." (9 Dhul Hijjah 10 A.H. di Lembah Uranah Gunung Arafat)


Jaringan maklumat:

Ahad, 21 Oktober 2012

Keadilan Sosial | dengan sedikit kreativiti

Petikan berikut menegaskan bagaimana keadilan boleh masih ditegakkan dengan sedikit kreativiti dan yang penting lagi pengharungan, kesedaran dan kekaguman kepada nilai-nilai murni, bila keadilan dapat dihalusi dengan kebijaksanaan dan peri kemanusiaan

Kisah Hakim, Nenek dan Ubikayu

TUESDAY, MAY 8, 2012

SANGAT mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya. "


Jaringan maklumat:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...