Home

Jumaat, 15 April 2011

Esok 16 May | Undikan hidup baru, tolakkan PBB, BN


Andaikan semua tenaga BN ditumpukan kepada pilihan baru usaha Najib menyokong Abg Johari semata-mata, ianya bakal membayang dan menimbul keraguan kepada ahli partinya jika tiada penglibatan Jabu atau Linggi Jugah memain apa-apa peranan.

Johari dulu dipercayai memilikki sokongan Linggi semasa pertelingkahan atau krisis pernah berlaku dalam PBB. Di kala itu Adenan diperkudakan untuk mengatasi Johari untuk pelan Taib. Atau semata-mata menyinkir Johari. Tidak sah samada ini tayang wayang bagi ahli-ahli.

Begitu juga kemungkinan sekarang jika dah ketara kedudukan KM Taib telah menjadi bahaya kepada semua BN. Pada amnya apa-apa pun pelan, yang perlu diingat ialah kongkongan kuasa oleh hartawan di Sarawak dan kebanyakannya telah dimulakan KM Taib. Yaitu kuasa politik, kepada mereka akan ditentukan oleh hartawan yang mempunyai sokongan kewangan yang ragu untuk bertegak. Tiada bezanya di Malaya dalam UMNO dan rangkaiannya yang menjangkau kepada kaum etnik lain. Sehendaknya di merata dunia pun begitu

Apa seterusnya?

Jika rakyat Sarawak mahu dan dah mula upaya menterjemahkan zaman, PR perlu bekerja lebih luas dan mendalam lagi. Kerja ini tak akan habis. Kalau ianya habis semua orang akan tercampak kembali ke zaman Koteng.

Bukti masyarakat tempatan dah mula sedia kerana kekecimpungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sedang meluas. Tambahan pula kebebasan dan hak awam telah mula menonjol dalam bicara debat-debat di kalangan masyarakat.

Oleh itu, fahaman dan pengetahuan masyarakat kena diluaskan lagi. Pendidikan dalam masyarakat akan lebih meluas jika PR dapat menang dan mula melonggarkan kongkongan dengan meluaskan dan membebaskan makluman dan sekatan-sekatan yang sekarang menjadi tembok UMNO, PBB dan BN amnya.

Samada Johari ke, Jabu ke atau sesiapa pun, masa depan dan kemakmuran orang Sarawak tidak dan bukan terletak dengan BN. Ianya terletak dengan, pada peringkat ini, PR yang perlu meluas dan mengokoh selera rakyat di mana terletaknya undi dan kuasa. Untuk mengekal kuasa, PBB/BN telah melatah dan mengkadamkan pihak Polis dan Perkhdmatan Awam.

Semalam Najib cuba melepaskan diri dari anggapan dan tanggapan rakyat tentang kes salahlaku terkait dengan SD yang diwarwarkan oleh media perang BN. Jika Petra Kamaruddin menafi dan tiada kaitan dengan tududhan-tuduhan di dalamnya, ia tidak bermakna Kehakiman dan Mahkamah tidak boleh memulakan penelitian atas keyataan dan tuduhan di dalamnya ke atas Najib. Petra Kamaruddin bukan Mahkamah. Lagi pun kerajaan Perancis telah menghakimkan dan mendendakan orang-orang tertentu terlibat dalam kes penjualan kapalselam yang Altantuya adalah seorang daripad banyak yang terlibat dalamnya.

Perang "spin" semalam yang Najib bersih dan tiada pembabitan hanya spin sementara.

Tiada makna kukuh bagi Najib atau sesiapa pun membela sebuah kerajaan yang bersalah dan ingkar kepada rakyat. Amat kesal jika sumber alam dan tenaga dan kemuliaan rakyat Sarawak tiada terurus oleh kita kerana prejudis yang dikekalkan oleh UMNO, PBB, Taib dan Najib.

Oleh itu, esok kena buang undi untuk menegak hak. Telah berlalu 10 hari dan esok hari penentuan bagi masa depan. Terjemahkan pendirian untuk membawa makna bagi masa depan semua dan ukir Sarawak Baru !


Jaringan maklumat

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...