Home

Selasa, 31 Mei 2011

P Ramlee | budaya pusaka negara


Bertambah majunya ekonomi negara dan masyarakat akan bertambahlah jenis harta yang boleh diusahakan, jenis harta yang nyata juga tetapi bukan sejenis barangan biasa sediakala. Ciptaan music, senikata lagu, persembahan musik, lawak jenaka,tarian dan persembahan drama adalah jenis usaha yang kreatif hasil ciptaan fikiran manusia. Ini hasil akal dan fikiran atau intelek dan ianya juga harta yang mempunyai nilai yang dilindungi di bawah undang-undang Hak Harta Intelektual.

Di antara warga Malaysia yang masyhur dari kegiatan ini adalah P.Ramlee yang beranika bakat: mencipta dan menulis lagu, menyanyi, berlakun, mengarah filem dan persembahan kesemuanya tadi. Kena dengan gelaran kita keatasnya sebagai Seniman Agung Negara - dan beliau adalah harta pusaka negara. Hasilan beliau bernilai seni dan ekonomi dalam atau luar negara bila ia dipersembahkan secara komersyal.

Di Sarawak masyarakat Dayak sangat aktif dan kreatif dalam seni musik dan nyanyian. Ini sangat disanjungi terutama sekali peminat atau bilangan orang Dayak ramai di Sarawak. Dengan persembahan dwibahasa Iban dan Bahasa Malaysia usaha mereka boleh menjangkau trans-kaum, Dayak dan Melayu. Artis-artis Melayu Sarawak lebih giat di kalangan peminat di Semenanjung Malaysia di mana jangkauan lebih luas atas bilangan penduduk banyak.

Pendidikan tinggi boleh meluaskan lagi bakat seni seseorang itu untuk matang dan maju. Namun jangkauan lebih meluas jika pendidikan lebih lanjut dan lebih meluas.

Bagi P.Ramlee bakat dan jiwa beliau telah mendalam dan dengan itu menjangkau jauh dengan hasil kreativitinya yang berjaya mencapai tahap kesenian zamannya. Di mana dia meluas dan mengembang dia menjangkau zaman kita dan mungkin berzaman-zaman lagi akan datang.

Untuk kesemua ini maju kita berharap dan berusaha agar negara berkembang maju supaya tiap ahli masyarakat kita yang bakatnya terbenam boleh dimuliakan menjadi seni budaya dan harta demi kebahagian jiwa dan hidup.

Dari keluhan Ramlee kita ingat setiap upaya walau sedikit pun agar "dapat membangkitan kesedaran insan" untuk bahagia. Nah! Itu pun Ramlee berjaya menjangkau hidup kita berdekad lepas dia pergi. Semestinya itulah seni dan budaya hidup.


Jaringan maklumat:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...