Rakyat Amerika Syarikat lega dan gembira bila lewat malam pada 1 May, 2011, Presiden Barack Obama mengumumkan Osama ben Laden telah mati dalam pertempuran semasa digugat di persembunyiannya di Pakistan dan telah dikebumikan di dalam laut.
Kegembiraan rakyat AS pada hakikatnya adalah keselamatan telah kembali ke dalam hidup mereka, utama sekali kerana lepas Krisis Kewangan 2008 telah menyebabkan ekonomi AS merudum dan membabitkan Dunia Bebas. Dengan ini timbullah kelegaan bagi mereka bermula hidup baru dalam mengahapi pengangguran dan isyu belanjawan negara terutama sekali kesihatan dalam negara yang ekonominya telah merosot.
![Gambar palsu kematian Osama yg telah digunakan pihak tidak bertanggungjawab](http://img.ibtimes.com/www/thumb/mainpage/93874-195110-osama-bin-ladens-widespread-death-photos-proved-not-true-pictures.jpg)
Keadaan di Timur Tengah bergolak berdekad lalu. Perperangan Timur Tengah pada satu sudut adalah baki daripada konflik antara Rusia dan Amerika Syarikat di Afghanistan, manakala di sudut lain perbezaan antara AS dan Iran yang mereka anggap sebagai bahaya kepada Dunia Bebas, saperti ancaman Rusia.
Sampingan kepada itu adalah kepentingan AS di Israel dan persahabatan mereka dengan Arab Saudi. Negara-negara Arab lain adalah kecil-kecil walaupun kaya dan mewah kerana minyak.
![](http://www.france24.com/en/files/imagecache/aef_ct_wire_image_lightbox/images/afp/photo_1304309716305-1-0.jpg?1304430725)
Sejak 2001, AS tidak beranggapan mereka selamat selagi pemimpin Al Qaeda, Osama ben Laden masih bebas dan tidak dapat ditangkap. Kesan kepada Dunia Bebas selepas September 11 banyak dan yang besar sekali adalah Krisis Kewangan 2008 yang masih dirasai seluruh dunia.
Jaringan maklumat:
0 ulasan:
Catat Ulasan