Home

Selasa, 31 Mei 2011

P Ramlee | budaya pusaka negara


Bertambah majunya ekonomi negara dan masyarakat akan bertambahlah jenis harta yang boleh diusahakan, jenis harta yang nyata juga tetapi bukan sejenis barangan biasa sediakala. Ciptaan music, senikata lagu, persembahan musik, lawak jenaka,tarian dan persembahan drama adalah jenis usaha yang kreatif hasil ciptaan fikiran manusia. Ini hasil akal dan fikiran atau intelek dan ianya juga harta yang mempunyai nilai yang dilindungi di bawah undang-undang Hak Harta Intelektual.

Di antara warga Malaysia yang masyhur dari kegiatan ini adalah P.Ramlee yang beranika bakat: mencipta dan menulis lagu, menyanyi, berlakun, mengarah filem dan persembahan kesemuanya tadi. Kena dengan gelaran kita keatasnya sebagai Seniman Agung Negara - dan beliau adalah harta pusaka negara. Hasilan beliau bernilai seni dan ekonomi dalam atau luar negara bila ia dipersembahkan secara komersyal.

Di Sarawak masyarakat Dayak sangat aktif dan kreatif dalam seni musik dan nyanyian. Ini sangat disanjungi terutama sekali peminat atau bilangan orang Dayak ramai di Sarawak. Dengan persembahan dwibahasa Iban dan Bahasa Malaysia usaha mereka boleh menjangkau trans-kaum, Dayak dan Melayu. Artis-artis Melayu Sarawak lebih giat di kalangan peminat di Semenanjung Malaysia di mana jangkauan lebih luas atas bilangan penduduk banyak.

Pendidikan tinggi boleh meluaskan lagi bakat seni seseorang itu untuk matang dan maju. Namun jangkauan lebih meluas jika pendidikan lebih lanjut dan lebih meluas.

Bagi P.Ramlee bakat dan jiwa beliau telah mendalam dan dengan itu menjangkau jauh dengan hasil kreativitinya yang berjaya mencapai tahap kesenian zamannya. Di mana dia meluas dan mengembang dia menjangkau zaman kita dan mungkin berzaman-zaman lagi akan datang.

Untuk kesemua ini maju kita berharap dan berusaha agar negara berkembang maju supaya tiap ahli masyarakat kita yang bakatnya terbenam boleh dimuliakan menjadi seni budaya dan harta demi kebahagian jiwa dan hidup.

Dari keluhan Ramlee kita ingat setiap upaya walau sedikit pun agar "dapat membangkitan kesedaran insan" untuk bahagia. Nah! Itu pun Ramlee berjaya menjangkau hidup kita berdekad lepas dia pergi. Semestinya itulah seni dan budaya hidup.


Jaringan maklumat:

Selasa, 24 Mei 2011

Pendidikan | Kos Bayaran Pengajian di United Kingdom



guardian.co.uk

# Kadar mata wang hari ini 24 Mei - RM4.91 = 1 Pound Sterling




Jaringan maklumat:

Isnin, 23 Mei 2011

Kesihatan | Asas pembangunan & kemajuan rakyat



Sarawak International Medical Centre, sekarang Pusat Rawatan Jantung Kerajaan, Kota Samarahan


Berita baik tentang kemajuan dalam kesihatan dan sosial bagi penduduk Kuching timbul selepas pilihanraya daripada Kementerian Kesihatan:



"...Beliau dalam pada itu yakin kesesakan di klinik berkenaan juga dapat dikurangkan dengan terbinanya sebuah hospital umum di Petra Jaya nanti.

“Dengan adanya hospital umum di Petra Jaya maka kesesakan di klinik Tanah Puteh akan berkurangan dan kita yakin ia dapat diatasi,” ujar beliau sambil berkata kebanyakan pesakit yang datang ke Klinik Tanah Puteh adalah dari Petra Jaya.

Tanpa mengulas lanjut Liow turut memberitahu kementerian juga kini merancang untuk membina sebuah lagi klinik kesihatan baru di kawasan Petra Jaya. ..." - Borneo Post 18 April



Politik rakyat di sekeliling Petra jaya Kuching selalunya dirampas oleh pemidato-pemidato yang di antara menegaskan kepentingan masyarakat dan negara 'amnya kadang-kadang lupa soal asas saperti kesihatan. Awal April lalu soal kesihatan timbul dalam petikan di Sarawakupdate.com[#] membawa tawaran Dr Hasland untuk kepakarannya. Jika 60 bulan lalu beliau tiada kebunyian jelas kenyatan itu hanya manis mulut walaupun PBB kemenangan lebih 30 kerusi dari dulu menandakan daya dan kebolehan PBB untuk mengubah keadaan tiada terarah ke sasaran yang mustahak.

Kedudukan ini lebih menjadi ironik lagi bila skandal Sarawak International Medical Centre bernilai RM473 million diutarakan ke khalayak ramai. Segala itu tidak banyak mementingkan soal rakyat selain pihak pemimpin Kerajaan. Malangnya sekali, untuk menyediakan Poliklinik sebesar Poliklinik Jalan Masjid tidak akan membelanjakan 5% daripada kos pembanganunan SIMC.

Rungutan dan sungutan pengundi Cina Kuching dan Miri telah membawa padah kepada karier George Chan dan kesannya nampak membuahkan perubahan. Pengundi Melayu di Petra Jaya terus tidak kendur daripada yang lama dan Poliklinik Petrajaya belum pecah tanah lagi.

Semalam seorang kawan mengeluh. Sekali melawat doktor swasta sekarang bayarannya telah meningkat RM60.

Di internet percakapan dan perbincangan politik selalu sangat kena hijack berhayal dengan kehilangan kuasa orang Melayu jika seorang ini dan itu tidak dipilih. Kabus lagi jadi bila persoalan agama dan budaya menonjol tapi pendidikan, kesihatan rakyat jelata dipinggir. Tambahan pula kekurangan pembudayaan membaca, menulis atau berbicara selain daripada kongkongan Akta Mencetak hanya mengekal kekabusan dan khayalan.

[#] Sekarang telah berpindah ke sarawakupdate.blogspot.com - komen dan bicara dalamnya telah dipadamkan bila dirujuk pada 20.5.11.


Jaringan maklumat:

Sabtu, 14 Mei 2011

Orkid Abdullah | Dalam kenangan





Penyanyi 60-an dan 70-an Datin Orkid Abdullah, berasal dari Johor, telah meninggal dunia kelamarin 13 Mei, 2011.

Semoga beliau dicucuri rahmat Allah dan takziah kepada keluarga beliau.

Allahyarhammah bermula dengan muzik pop semasa menyanyi dengan Kumpulan "Les Coasters" tetapi beliau lebih terkenal dengan lagu-lagu gazalnya saperti "Penawar Rindu".

Nescaya dia dikenang menajadi sebahagian daripada pusaka budaya muzik kita.


Penawar Rindu disini dipersembahkan oleh Siti Nuhaliza







Jaringan maklumat:

Rusuhan 13 Mei hanya berlaku di negeri BN


Harakahdaily.net | Written by Khairul Azlam Mohamad | Foto Nasir Sudin


Sedangkan di negeri yang diterajui PAS di Kelantan tidak berlaku rusuhan kaum ketika itu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969, di negeri-negeri yang Umno perintah berlaku kekacauan.

"Di Kelantan, walau pun orang Cina sedikit tetapi tidak berlaku ketegangan kaum kerana orang Melayu Kelantan berpegang kepada agama," katanya di hadapan kira-kira 700 masyarakat Tionghua pada satu majlis makan malam di sini, malam tadi.

Program itu diadakan di Restoran Ocean, di bandar ini.

Majlis itu dianjur bersama pemimpin DAP. Hadir sama Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

ImageAnggota Exco kerajaan Kelantan, Dato' Anuar Tan Abdullah dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim.

Turut hadir, blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan ramai lagi anggota Parlimen DAP.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, agama Islam mengajar manusia menjaga hubungan antara manusia dan menyelamatkan daripada berlaku huru-hara serta kekacauan.

"Islam mengajar umat-Nya berlaku adil dan saksama terhadap semua manusia tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa.

"Bangsa dalam Islam tidak mempunyai apa-apa kelebihan dan kemuliaan kecuali manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Yang Esa," ujarnya.

Katanya, semua manusia adalah bersaudara dan Islam tidak pernah membezakan antara bangsa Arab, Melayu, Cina, India dan sebagainya. - mj




Jaringan maklumat:

Khamis, 5 Mei 2011

Bohong | Mufti Perlis atau Utusan



Pengkhianat Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD | ARKIB : 04/05/2011
pengarang@utusan.com.my

"...KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. ..." - Utusan



Nampaknya jelas, seperti lapuran Utusan, Dr Juanda sudah melepas kata-katanya.

Kemudian dia berucap lain, berdalih :

Mei 4, 11

"...Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

"(Ia) penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. ..." - Malaysiakini


Kerjasama dan muafakat sentiasa timbul dalam sistem kenegaraan kita. Bahkan muafakat antara budaya, bangsa dan agama pun sedia ada. Sistem Parlimen yang kita jelas sedia untuk asas-asas ini. Dr Juanda adalah Visiting Fellow di Oxford University dan kedudukannya kini dipersoalkan.

Agak serius peristiwa ini sebab kekeliruan yang dipertimbulkan sangat buruk, terutama sekali kerana tokoh Mufti dan peribadinya terlibat. Jika kewibaan tersoal, masyarakat akan tertanya-tanya, terpedaya dengan kekeliruan. Jika tokoh agama cenderung dengan politik, ada baik letak jawatan dan usaha terang-terang dengan mana-mana parti yang disukai. Agak tak elok berselindung di belakang kedudukan dan jawatan agama.

Satu ketika dulu Dr Juanda dan Dr Asri pernah dituduh sebagai ahli puak Wahabi dan JI oleh Pegawai ILIM, JAKIM dan mereka dengan keras menafikan kepalsuan itu.

Adakah mereka sekarang masih dalam perhatian Polis dan JAKIM lagi walaupun tuduhan dulu palsu dan berniat jahat?


Jaringan maklumat:

Selasa, 3 Mei 2011

Dunia aman | Osama ben Laden tamat kisah




Rakyat Amerika Syarikat lega dan gembira bila lewat malam pada 1 May, 2011, Presiden Barack Obama mengumumkan Osama ben Laden telah mati dalam pertempuran semasa digugat di persembunyiannya di Pakistan dan telah dikebumikan di dalam laut.

Kegembiraan rakyat AS pada hakikatnya adalah keselamatan telah kembali ke dalam hidup mereka, utama sekali kerana lepas Krisis Kewangan 2008 telah menyebabkan ekonomi AS merudum dan membabitkan Dunia Bebas. Dengan ini timbullah kelegaan bagi mereka bermula hidup baru dalam mengahapi pengangguran dan isyu belanjawan negara terutama sekali kesihatan dalam negara yang ekonominya telah merosot.

Dengan kejayaan ini, nampaknya cerahlah masa depan Presiden Obama untuk mengukir satu lagi kejayaan dalam mempertahankan Pentadbiran Parti Democrat dan kedudukannya sebagai Presiden Penggal Kedua dalam PRN AS 2012. Kejayaan presiden Obama bagi Penggal Kedua dijangka pemimpin-pemimpin dunia lain sebagai harapan bagi usaha dunia kembali normal saperti dulu walaupun tekih masaalah kewangan dunia masih ada. Juga adalah harapan dunia juga bahawa dalam Penggal Keduanya Presiden Obama akan dapat menegak "perubahan" yang telah dijanjikannya bila beliau menjawatkan tanggungjawabnya sebagai Presiden pada januari 2009.

Keadaan di Timur Tengah bergolak berdekad lalu. Perperangan Timur Tengah pada satu sudut adalah baki daripada konflik antara Rusia dan Amerika Syarikat di Afghanistan, manakala di sudut lain perbezaan antara AS dan Iran yang mereka anggap sebagai bahaya kepada Dunia Bebas, saperti ancaman Rusia.

Sampingan kepada itu adalah kepentingan AS di Israel dan persahabatan mereka dengan Arab Saudi. Negara-negara Arab lain adalah kecil-kecil walaupun kaya dan mewah kerana minyak.

Dalam sinario ini terbabitlah seorang rakyat Arab Saudi, Osama ben Laden yang bermula semasa penglibatannya dengan AS dalan perang dengan Rusia. Di akhir itu tentera AS berundur dari Afghanistan dan kekosongan kuasa besar timbul di rantau itu, sebab Rusia telah kalah. Arab Saudi bimbang dengan kedudukan mereka kerana keselamatan padang minyak dan negara tiada perlindungan penuh. Dalam perbincangan dengan AS, tawarwan Osama ben Laden untuk membantu Saudi ditolak. Dari itulah bermulanya krisis keselamatan AS akibat peritiwa September 11, 2001, selepas setahun lebih George Bush mengganti Bill Clinton sebagai Presiden AS.

Sejak 2001, AS tidak beranggapan mereka selamat selagi pemimpin Al Qaeda, Osama ben Laden masih bebas dan tidak dapat ditangkap. Kesan kepada Dunia Bebas selepas September 11 banyak dan yang besar sekali adalah Krisis Kewangan 2008 yang masih dirasai seluruh dunia.




Jaringan maklumat:

Isnin, 2 Mei 2011

Krisis Politik | Adakah ia sumpahan?


Aspan Alias menulis dan menganginkan kebimbangannya tentang konflik jiwa orang Melayu. Jika dulu, apa yang mereka buat semuanya betul dan diredhai setiap kepala terhitung orang Melayu, sekarang dah tidak. Mencuri dan rasuah tak boleh diterima lagi:

"...Melakukan rasuah tidak menjadi isu besar, tetapi mengkritik UMNO itu dosa besar. Berkata benar itu salah tetapi meminda hukum agama mengikut kemahuan kita tidak salah. Mengaibkan orang lain tidak salah tetapi pihak untuk menutup keaibannya itu salah. Semuanya diambil dari sudut yang terbalik. Sedangkan Tuhan sendiri sentiasa menutup keaiban umatnya, kita pula yang melakukan perkara yang bertentangan denganNya. Kita tidak takut mengaibkan orang lain serta berbangga pula bila mangaibkan diri sendiri. ..." - Aspan Alias

Agaknya semua dah tak kena dengan UMNO ataupun pemimpin-pemimpin PBB. Dulu mereka bersih, berkilat, murni dan suci. Sekarang orang dah sedar tetapi mereka masih tidak. Perbuatan fitnah video sex ke atas lawan seolah-olah mereka merayu, meminta dan mendesak mereka bukan hodoh macam 'orang minyak'tetapi bersih dan baik-baik belaka. Tapi semua ini sekarang sudah tak laku lagi.

Ahli-ahli politik ini seakan-akan melalui krisis 'sumpah orang minyak'! Macam mana tokoh-tokoh mereka sekarang jadi sehodoh macam 'orang minyak' manakala dulu putih dan bersih?



Kesan daripada masaalah ini banyak - dari segi ekonomi, sosial malah agama pun terbabit. Kita tidak dapat sejahtera dan mewah, jika pemimpin-pemimpin negara 'sakit' ! Kita perlu perbaiki keadaan, berubah, berislah.



Jaringan maklumat:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...