Bertambah majunya ekonomi negara dan masyarakat akan bertambahlah jenis harta yang boleh diusahakan, jenis harta yang nyata juga tetapi bukan sejenis barangan biasa sediakala. Ciptaan music, senikata lagu, persembahan musik, lawak jenaka,tarian dan persembahan drama adalah jenis usaha yang kreatif hasil ciptaan fikiran manusia. Ini hasil akal dan fikiran atau intelek dan ianya juga harta yang mempunyai nilai yang dilindungi di bawah undang-undang Hak Harta Intelektual.
Di antara warga Malaysia yang masyhur dari kegiatan ini adalah P.Ramlee yang beranika bakat: mencipta dan menulis lagu, menyanyi, berlakun, mengarah filem dan persembahan kesemuanya tadi. Kena dengan gelaran kita keatasnya sebagai Seniman Agung Negara - dan beliau adalah harta pusaka negara. Hasilan beliau bernilai seni dan ekonomi dalam atau luar negara bila ia dipersembahkan secara komersyal.Di Sarawak masyarakat Dayak sangat aktif dan kreatif dalam seni musik dan nyanyian. Ini sangat disanjungi terutama sekali peminat atau bilangan orang Dayak ramai di Sarawak. Dengan persembahan dwibahasa Iban dan Bahasa Malaysia usaha mereka boleh menjangkau trans-kaum, Dayak dan Melayu. Artis-artis Melayu Sarawak lebih giat di kalangan peminat di Semenanjung Malaysia di mana jangkauan lebih luas atas bilangan penduduk banyak.
Pendidikan tinggi boleh meluaskan lagi bakat seni seseorang itu untuk matang dan maju. Namun jangkauan lebih meluas jika pendidikan lebih lanjut dan lebih meluas.
Bagi P.Ramlee bakat dan jiwa beliau telah mendalam dan dengan itu menjangkau jauh dengan hasil kreativitinya yang berjaya mencapai tahap kesenian zamannya. Di mana dia meluas dan mengembang dia menjangkau zaman kita dan mungkin berzaman-zaman lagi akan datang.
Untuk kesemua ini maju kita berharap dan berusaha agar negara berkembang maju supaya tiap ahli masyarakat kita yang bakatnya terbenam boleh dimuliakan menjadi seni budaya dan harta demi kebahagian jiwa dan hidup.
Dari keluhan Ramlee kita ingat setiap upaya walau sedikit pun agar "dapat membangkitan kesedaran insan" untuk bahagia. Nah! Itu pun Ramlee berjaya menjangkau hidup kita berdekad lepas dia pergi. Semestinya itulah seni dan budaya hidup.
Jaringan maklumat:
- Senarai penuh lagu-lagu P Ramlee
- Senarai penuh filem-filem P Ramlee
- History Channel - P. Ramlee
- P. Ramlee yang saya kenal akhir hidudpnya
- P. Ramlee Cyber Museum
- Perbadanan Harta Intelek Malaysia
- PRISM
- Dayak Artists amd Musician Association
- MUSIC AUTHORS' COPYRIGHT PROTECTION (MACP) BERHAD
- Recording Industry Malaysia




Politik rakyat di sekeliling Petra jaya Kuching selalunya dirampas oleh pemidato-pemidato yang di antara menegaskan kepentingan masyarakat dan negara 'amnya kadang-kadang lupa soal asas saperti kesihatan. Awal April lalu soal kesihatan timbul dalam petikan di 



Anggota Exco kerajaan Kelantan, Dato' Anuar Tan Abdullah dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim.
"...KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.
Dalam sinario ini terbabitlah seorang rakyat Arab Saudi, Osama ben Laden yang bermula semasa penglibatannya dengan AS dalan perang dengan Rusia. Di akhir itu tentera AS berundur dari Afghanistan dan kekosongan kuasa besar timbul di rantau itu, sebab Rusia telah kalah. Arab Saudi bimbang dengan kedudukan mereka kerana keselamatan padang minyak dan negara tiada perlindungan penuh. Dalam perbincangan dengan AS, tawarwan Osama ben Laden untuk membantu Saudi ditolak. Dari itulah bermulanya krisis keselamatan AS akibat peritiwa September 11, 2001, selepas setahun lebih George Bush mengganti Bill Clinton sebagai Presiden AS. 

