Home

Isnin, 31 Disember 2012

Ke mana Kapitalisme / Korporatisme?



Mampukah Kapitalisme Mengatasi Penyamarnya yang Pesong?

Saifedean Ammous & Edmund Phelps | 13 Feb 2012 | Columbia University's Center for Capitalism and Society

"Sistem kapitalisme" masakini tidak boleh dianggap sebagai kapitalisme tulin. Bahkan, jenis kapitalisme ini lebih sama dengan persyarikatan atau "korporatisme" yang mencekik kecemerlangan kerja dan usaha yang tekun, pertumbuhan ekonomi lebih cepat dan peluang lebih luas bagi semangat kerakanan/setiakawan. Masa mungkin telah tiba bagi kapitalisme membawa ertinya yang tulin, daripada apa yang telah dianggapkan "ahli-ahli korporat" yang berazam untuk menyembunyikannya dan puak sosialis yang bertekad untuk memburukkanya.

NEW YORK | Masa depan kapitalisme lagi sekali menjadi tanda tanya. Dalam krisis berlanjutan sekarang, mampukah ia kekal dalam bentuknya masakini? Kalau tidak, apakah ia mampu mengubah bentuk atau pun kerajaan yang akan mendahuluinya?

Istilah "Kapitalisme" pernah bermakna sistem ekonomi di mana modal dimiliki secara "swasta" atau "private (iaitu bukan Kerajaan); di mana pemilik modal memutuskan bagaimana menggunakannya dengan cara yang terbaik sementara menarik pemikiran pengusaha dan entrepreneur yang kreatif. Cara bebas sendirian dan bertanggungjawab begini tidak memberi ruang bagi pemerintahan/kerajaan untuk menentukan soal membuat keputusan yang berjaya; kejayaan bermakna keuntungan; kegagalan bermakna kerugian. Syarikat hanya boleh wujud jika orang persendirian dengan rela membeli barangan mereka - sebaliknya syarikat akan terhenti berniaga.

Kreativiti dan innovasi berkembang dalam kurun 1800'an apabila "kapitalisme" menakluk dunia dengan ciri-ciri ini. Masyarakat yang memilih kapitalisme memimpin kemakmuran, mencapai kepuasan kerja yang menjadi idaman dunia dan yang mengakhirkan kekekangan.

Sekarang sistem kapitalisme telah terlanda rasuah. Negara terurus telah mengambilalih tanggungjawab menguasai semua daripada pendapatan orang kelas pertengahan kepada keuntungan syarikat korporat gergasi hingga ke tahap kemajuan industri. Sistem ini, sebenarnya, bukan "kapitalisme" tetapi aliran ekonomi yang berpunca daripada Bismark dalam kurun ke 19 dan Mussoloni dalam kurun ke 20: "korporatisme" atau faham persyarikatan.

Pada amnya korporatisme membunuh kecerdasan dalam usaha yang tekun, pertumbuhan ekonomi pantas dan peluang luas dan semangat kerakanan/setiakawan. Ia melanjutkan firma-firma dan syarikat yang teruk, boros, tidak prodaktif dan syarikat yang ada pertalian yang menjejaskan pengusaha baru yang dinamik atau berhemat perusahaan, kemajuan ekonomi dan kemakmuran kebangsaan, daripada menitik berat kebebasan perseorangan dan tanggungjawab. Hari ini, syarikat penerbangan, pembuat kereta, syarikat pertanian, media, bank pelaburan, dana pelaburan (hedge funds) dan banyak lain-lain lagi yang pada ketika masa lampau tertentu, telah dianggap sebagai lebih penting daripada beradu di pasaran bebas terbuka. Malahan mereka menerima bantuan daripada Kerajaan, kononnya bagi kepentingan orang awam.

Di persekililing kita, akibat "korporatisme" jelas: badan korporat sesat fungsi yang aktif, meskipun tidak berkebolehan melayan pelangan-pelangan; ekonomi yang sakit teruk dengan pengeluaran lambat, peluang terpencil bagi usaha yang bertekun, peluang untuk belia mahupun am terhad lagi kecil. Untuk megatasi kesumuanya ini Kerajaan jadi muflis.

Peralihan kuasa daripada pemilik dan pencipta kepada orang-orang kerajaan adalah musuh kepada kapitalisme. Namun itu, pengampu dan pewasiat ini, pura-pura penuh adab menyalahkan kapitalisme berleluasa dan tidak berperaturan. Kerana itu mereka mementingkan perhatian dan peraturan. Pada hakikatnya, ini bermakna lebih lagi korporatisme dan pilih kasih berleluasa dalam pemerintahan/kerajaan.

Dalam keadaan begini tidak mungkin sistem begini boleh dipertahankan. Di pasaran bebas saperti "Internet" sistem begini tidak manasabah kepada para belia yang membesar sezamannya, iaitu pasaran yang terbebas untuk barangan dan idea. Iklan terbaik bagi kejayaan dan kegagalan syarikat atau firma ialah di Internet di tempat-tempat "social networking": bagaimana mereka maju dan merudum hampir serta merta.

Tempat-tempat (web-sites) saperti Friendstar dan MySpace cuba menggandakan untung dengan menjejaskan butir-butir kepribadian pelanggan mereka dan hampir sertamerta mereka hapus bila ditinggalkan kesemua mereka. Tidak perlu peraturan dan perundangan kerajaan. Sebaliknya jika timbul campurtangan Kerajaan Korporat Modern, pemerintahan/kerajaan akan melindungi mereka daripada kegagalan dengan wang rakyat.

Kesahihan korporatisme telah merudum searus dengan keteguhan kewangan pemerintahan/kerajaan yang mendokongnya. Jika para ahli politikus tidak mampu menghapuskannya, mereka akan terbenam dengan hutang dan keingkaran, dan satu sistem "kapitalisme" akan menjelma daripada keruntuhan korporatisme. Dengan itu juga "kapitalisme" akan bermula lagi memikul makna yang benar daripada yang disifatkan oleh ahli-ahli korporatisme untuk bersembunyi dibelakangnya dan para sosialis yang yang sedia memburukkanya. - Copyright: Project-Syndicate, 2012 | economywatch.com


Jaringan maklumat:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...